top of page

PENYUMBANG DANA PROJEK TAIPING

11 Mac 2020


Kejayaan Projek Taiping amat bergantung kepada sokongan semua pihak yang berhasrat untuk membina sebuah mercu tanda bagi mengingati perjuangan Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman dalam mengembangkan pengajaran Silat Seni Gayong di samping mengenangkan jasanya menyumbang kepada usaha menyatukan kepimpinan bangsa Melayu. Ramai yang menyatakan hasrat untuk mengembalikan kegemilangan silat ini terutama dalam kalangan orang-orang lama (otai) Gayong dan tidak kurangnya pula dalam kalangan anggota masyarakat yang mengikuti perkembangan Silat Gayong.


Usaha untuk mewujudkan Muzium dan Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong ini adalah merupakan antara langkah untuk tujuan ini, dan membuka ruang untuk mereka yang menyatakan hasrat ini untuk membuktikan kesungguhan masing-masing. Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia, badan yang dilantik oleh YBhg Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman, Waris Zuriat (Amanah) untuk mengendali dan menyelaraskan pembangunan mercu tanda ini menyenaraikan mereka yang berpotensi untuk menyumbang dana bagi membiayai projek ini adalah seperti berikut:


  • Gelanggang (murid) Silat Seni Gayong

  • Gurulatih Silat Seni Gayong

  • Penerima sandang kehormat Silat Seni Gayong

  • Badan kerajaan (kementerian)

  • Badan bukan kerajaan (NGO)

  • Badan perniagaan/korporat

  • Badan politik


Yayasan menyeru kepada pengurusan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, Lembaga Adat-Istiadat Majlis Gurulatih dan Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR baik pada peringkat kebangsaan, negeri dan cawangan/daerah mengambil inisiatif yang bersesuaian untuk mengumpul dana yang diperlukan. Pihak Yayasan bersedia untuk membantu sekiranya memerlukan bantuan terutamanya membuat hubungan rasmi, mengeluarkan surat sokongan, pengeluaran sijil penghargaan dan sebagainya.

bottom of page