top of page

BERITA

7 Feb 2021



"Setiap yang bernyawa akan merasai mati, dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Oleh itu, sesiapa yang dihindarkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan tiadalah kehidupan di dunia melainkan hanyalah kesenangan yang memperdayakan".

Surah Ali Imran 185


Ayat ini telah menyebabkan ada ahli dalam kalangan masyarakat tergerak di hati dan yang mengambil langkah untuk persediaan meletakkan simpanan peruntukan sedikit dan kain kafan di almari rumah masing-masing dan meninggalkan pesan kepada isteri atau keluarganya bahawa jika Allah SBT menjemputnya, maka gunalah bekalan yang telah disediakan untuk mengurus jenazahnya.


Mereka ini berharap supaya langkah yang diambil dapat mengurangkan sedikit beban kepada ahli keluarga yang tinggal dan mengelak kepayahan yang timbul akibat dari malapetaka yang terjadi. Untuk ini pihak Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia terpanggil untuk membantu murid, gurulatih dan keluarga dengan menyertai Skim Khairat yang diwujudkan.


Sesungguhnya ajal pasti akan datang tanpa mengira waktu, keadaan dan usia. Oleh itu berusahalah untuk menjadi umat Islam yang beriman dan bertaqwa dengan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala, melaksanakan suruhanNya dengan sempurna. Sama-samalah kita berdoa semoga kesudahan kita dalam golongan khusnul khotimah iaitu mati dalam keadaan yang baik dan beriman, diberi kesempatan bertaubat sebelum kematian, mendapat rahmat ketika menghadapi kematian, keampunan selepas kematian, mendapat kebahagian pada hari perhitungan (hari akhirat) dan terlepas daripada siksaan azab api neraka. Semoga kita sentiasa mendapat keampunan, keredhaan serta rahmat daripada Allah Subhanahu Wata'ala jua. Amin Ya Rabbal Alamin.


"Di mana sahaja kamu berada, maut akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng tinggi yang kukuh. Dan jika mereka (orang-orang munafik) beroleh kebaikan mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah, dan jika mereka ditimpa bencana, mereka berkata: "Ini dari sisi engkau wahai Nabi Muhammad. Katakanlah: "semuanya itu datangnya dari sisi Allah". Maka mengapa kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran

Surah An-Nisaa' ayat 78

6 Feb 2021


Silat Seni Gayong kini bukan sahaja menempa nama di negara-negara Eropah bahkan juga kini berada di negara Australia. Cikgu Mirzan (Dato’) seorang gurulatih dari Negeri Sembilan yang telah bermastautin di negara itu. Berbekalkan ilmu yang diperolehi dari bimbingan Cikgu Ishak Hassan (Datuk Paduka DR), Cikgu Mirzan telah menawan anak-anak muda Australia belajar silat. Langkahnya ini adalah bertepatan dengan cita-cita Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman yang mengimpikan supaya Silat Seni Gayong tersebar seluruh dunia supaya ilmu silatnya berjasa sebagai pilihan pendekatan ummah kepada syiar Islam.


Anak-anak didik Cikgu Mirzan telah menerima banyak jemputan untuk mengadakan persembahan silat. Masyarakat di Perth khususnya amat tertasrikh dan kagum dengan bukan sahaja ketangkasan persembahan, tetapi keunikan seni perang bangsa Melayu. Pada 26 Jan 2021 anak-anak didik Cikgu Mirzan menjadi duta sebuah bangsa yang mempunyai jiwa yang besar dan jati diri yang tidak luntur dik zaman.



TAHNIAH



3 Feb 2021


Pada tahun lalu (2020) dan baru-baru (2021) ini pihak Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia dapat maklum kematian murid dan gurulatih Silat Seni Gayong. Pihak Yayasan merasa amat simpati kerana tidak upaya membantu sekurang-kurangnya dalam perkara mengurangkan beban kepada waris menguruskan pengkebumian murid dan gurulatih yang berkaitan.


Atas rasa tanggungjawab inilah Yayasan telah mewujudkan skim khairat kematian untuk semua murid Silat Seni Gayong dan ahli keluarga masing-masing, malah skim ini ditawarkan juga kepada semua aliran Silat Seni Gayong sepertimana yang diumumkan dalam berita terdahulu.


Yayasan maklum bahawa terdapat skim khairat yang sama juga ditawarkan oleh badan-badan kebajikan lain seperti persatuan penduduk, persatuan kebajikan di tempat kerja, masjid dan surau. Yayasan juga maklum bahawa kutipan (derma kilat) boleh dilakukan jika berlaku kematian oleh rakan dan ahli keluarga untuk membantu mengurangkan beban perbelanjaan oleh waris yang tinggal. Namun begitu Yayasan sedar bahawa kadangkala terdapat kerumitan tertentu dari aspek kaedah dan juga jumlah dana yang dapat dikumpulkan. Justeru skim ini adalah merupakan pilihan yang ditawarkan oleh Yayasan demi menjaga kesejahteraan dan kebajikan murid, gurulatih dan ahli keluarga yang terbabit.


Pada kadar RM 20.00-RM 100.00 seorang/tahun bantuan akan diberi sebanyak RM 8,000 melalui skim ini. Pada kesempatan yang ada, rujuk butiran penyertaan pada lamanweb gayongadat.com di laman Yayasan Kebajikan Gayong dan sertailah skim yang ditawarkan. Allah SBT menjemput orang tersayang tanpa dapat diduga masanya.

Headline 1
bottom of page