top of page

BERITA

14 Feb 2020


Di antara kelemahan pengurusan kebanyakan pengurus Silat Seni Gayong baik Pentadbiran, Adat dan Majlis Gurulatih ialah memberi respon (maklumbalas) kepada isu-isu yang dibawa kepadanya. Ini berlaku baik pada peringkat gelanggang, daerah/cawangan, negeri mahupun kebangsaan, terutamanya apabila memerlukan jawapan bertulis. Lembaga Beradat Kebangsaan (LBK) sejak tahun 2016 telah cuba membaiki kelemahan ini dengan menetapkan supaya semua surat ataupun permintaan bertulis diberi maklumbalas secara bertulis juga. Malahan telah ditetapkan supaya maklumbalas ini dijawab dalam tempuh 14 hari.


Langkah ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan pengurusan bahkan juga keyakinan mereka yang berurusan dengan LBK. Pengurusan sebegini memberi kesan pemantapan rekod, manakala pada peringkat pelanggan atau client akan terlahirnya rasa kepercayaan yang tinggi kepada pihak pengurusan kerana mempunyai bukti (evident) hubungan dan mendapat perhatian. LBK kemudiannya menetapkan supaya isu yang dikemukakan akan selesai dalam tempuh 30 hari.


Pada peringkat awal ini, LBK ingin menyeru kepada semua pengurusan Silat Seni Gayong pada semua peringkat supaya mewujudkan client charter (piagam pelanggan), iaitu janji kepada semua pihak bahawa setiap permintaan akan menerima setidak-tidaknya jawapan kami telah menerima permohonan tuan dan permohonan tersebut sedang dalam pertimbangan. Jawapan ini diberi dalam tempuh 14 hari (lebih cepat lebih baik). Kos untuk jawapan ini tidak timbul kerana ianya disampaikan dalam bentuk format surat yang lengkap tetapi disalurkan melalui whataspp. Penerima boleh mencetak sendiri dalam bentuk hardcopy jika diperlukan. Lebih bijak jika disimpan dalam bentuk digital, kerana bentuk sedemikian tidak memerlukan ruang.


Selepas memberi respon pertama, maka diikuti dengan maklumbalas yang memberi jawapan kepada isu ataupun menyampaikan bahan yang diperlukan oleh pihak berkenaan dalam tempuh 30 hari (lebih cepat lebih baik).


Semoga berubah wajah pengurusan Silat Seni Gayong

14 Feb 2020



Waris kerabat bersetuju dengan cadangan pembangunan pusat latihan tertinggi Silat Seni Gayong Malaysia di tanah pusaka Dato’ Meor Abdul Rahman di Ayer Kuning, Taiping. Pembangunan adalah bertujuan untuk:


  1. mengemas dan menaik taraf rumah Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman

  2. menaikkan pagar keselamatan kawasan dan papan tanda

  3. membina sebuah dewan (gelanggang) untuk menjalankan kegiatan latihan dan acara silat

  4. melengkapkan kemudahan tempat latihan dengan stor, tandas, surau dan pentas

  5. melengkapkan tempat latihan dengan peralatan latihan (lantai getah, alatan latihan sasaran seperti punching bag, arm target, dan hand target dll)

Dipersetujui supaya Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia akan spearhead Projek Taiping ini. Pihak Yayasan akan merancang, melaksana dan memantau disamping mengendali kutipan sumbangan anda untuk membiayai projek.. Dianggarkan projek ini akan menelan belanja berjumlah RM 300,000 – RM 400,000. Untuk membolehkan cadangan-cadangan pembangunan yang dinyatakan dapat dirancang, maka kutipan sumbangan (crowd funding) akan dimulakan secepat mungkin. Permulaan pengumpulan dana akan bermula dari murid Silat Gayong di seluruh negara, dan kemudiannya dipertingkatkan kepada bekas murid dan masyarakat yang menyokong gerakan Silat Seni Gayong (korporat dan orang perseorangan).

13 Feb 2020


Menanda tangan Sijil Aku Janji membawa maksud bahawa seseorang murid Silat Seni Gayong yang ditunjuk atau dilantik memegang sesuatu jawatan adat bersetuju menerima jawatan tersebut atas syarat-syarat (14) yang ditetapkan. Jika tidak menda tangan sijil ini, maka ini bermakna seseorang itu tidak setuju atau tidak menerima jawatan yang ditawarkan dan dengan demikian tawaran itu akan dikemukakan kepada orang lain yang ditimbangkan mempunyai kelayakan. Sekiranya jawatan itu melibatkan sandang khas, maka sandang tersebut akan digugurkan kuasanya walaupun sandang tersebut boleh dimiliki oleh penyandang. Dalam keadaan sedemikian pengguguran tersebut akan dimasyhurkan.


Dengan dasar ini, maka pegawai-pegawai adat hendaklah mengambil maklum implikasi yang dinyatakan dan pengurus-pengurus adat perlu memastikan semua pegawai yang terbabit menanda tangan Sijil Aku Janji masing-masing bagi setiap jawatan yang dilantik. Dalam waktu yang sama mereka yang dilantik hendaklah mengambil tanggungjawab mengingatkan pengurus adat masing-masing untuk mendapatkan sijil tersebut sekiranya tidak memiliki dokumen berkenaan. Setiap sijil akan dipamirkan:


  1. Nama pegawai penyandang

  2. Syarat-syarat (14) memegang jawatan

  3. Tanda tangan pegawai penyandang

  4. Jawatan yang disandang

  5. Tanda tangan dan nama Ketua Organisasi (saksi)

  6. Tarikh

Headline 1
bottom of page