top of page

BERITA

5 Feb 2020

Lembaga Beradat Kebangsaan (LBK) telah mewujud dan melaksanakan dasar bahawa jawatan-jawatan adat yang disandang pada peringkat negeri dan pusat adalah bertempoh. Tempoh yang ditetapkan ialah 3 tahun bagi jawatan di negeri dan 5 tahun bagi jawatan di pusat. Justeru semua Lembaga Beradat Negeri diminta untuk merujuk rekod lantikan jawatan-jawatan berkaitan supaya prosedur lantikan dipatuhi.


Sekiranya terdapat jawatan penjawat telah tamat tempoh maka hendaklah dilantik semula atau diganti (sekiranya perlu). Pelantikan semula atau pelantikan baru hendaklah melalui pengeluaran surat lantikan baru dan diikuti dengan menanda tangan sijil Aku Janji (tanda setuju menerima jawatan). Jika pula berlaku penglibatan Jawatan Utama Adat, maka pelantikan semula atau baru perlu melalui prosedur merujuk sokongan Ahli Lembaga Waris Amanah dan ditunjuk oleh Waris Mutlak. Surat lantikan dan sijil Aku Janji (dibekal oleh pusat) akan dikeluarkan oleh pengurusan adat pada peringkat pusat.


Dengan demikian adalah diminta LBN untuk menyemak status pemegang-pemegang jawatan adat di negeri dan mengambil tindakan sepertimana yang dinyatakan. Sebarang pertanyaan hendaklah dirujuk kepada pihak urus setia LBK.

4 Feb 2020


Waris Kerabat akan mengadakan mesyuarat pertamanya pada 8 Feb 2020 di Hotel Tun Fatimah, Melaka. Justeru itu mesyuarat perancangan bagi menentukan agenda dan pengurusannya telah diadakan pada 1 Feb 2020 dengan Hajah Siti Fadzillah Dato’ Meor Abdul Rahman, Waris Mutlak Silat Seni Gayong dengan beberapa orang ahli keluarga diadakan di Taman Melawati. Di mesyuarat ini akan diketemukan semua ahli yang telah dilantik buat pertama kalinya bagi menjelaskan peranan dan fungsi badan ini, dan seterusnya melaksana badan ini sebagai sebuah entiti yang mempunyai signifikan dan relevansinya terhadap pelaksanaan Pertadbiran, Adat dan Gurulatih Silat Seni Gayong.


Beberapa orang tokoh dalam pimpinan Gayong telah ditunjuk oleh Hajah Siti Fadzillah dan keluarga untuk menganggotai Institusi Waris Kerabat dilibatkan dalam mesyuarat yang akan diadakan nanti.

28 Jan 2020


2 dari 6 orang Pegawai Adat Negeri yang mendaftar telah berjaya menamatkan kursus masing-masing pada 1 Feb 2020 bagi mengiktiraf dan mengesahkan pegawai-pegawai yang dilantik untuk meneraju dan dirujuk mengenai perkara-perkara adat oleh Lembaga Beradat Negeri (LBN). Setelah diberi latihan dan diiktiraf, pegawai berkaitan diminta untuk melaksanakan kursus Adat kepada semua gurulatih di negeri masing-masing. Modul kursus pada peringkat negeri ialah 5 ½ jam meliputi topik-topik yang telah ditetapkan oleh Lembaga Beradat Kebangsaan (LBK). Ini akan melayakkan mereka diberi sijil tamat kursus yang dikeluarkan oleh LBK.


Pemilikan sijil ini akan dijadikan prasyarat memohon sijil gurulatih atau memperbaharui sijil gurulatih. Dasar ini telah dibincang dan diluluskan dalam persidangan Lembaga Waris Amanah Kali ke 4. Pegawai-pegawai Adat Negeri yang berjaya menamatkan kursus ialah:


  1. Shaiful Hakim Mohamed Noor - Pahang

  2. Saiful Amin Kamarudin - Perak

Pegawai negeri-negeri lain yang telah mengikuti kursus Fasa I tetapi tidak berkesempatan untuk menamatkan latihan (fasa 2) diminta untuk mengaturkan tarikh mengikut kesesuaian bersama (Selangor, Wilayah Persekutuan KL Putrajaya, Melaka dan Kelantan) dan memaklumkannya kepada LBK.

Headline 1
bottom of page