top of page

BERITA

4 Jan 2020

Sepanjang tahun 2019 (sehingga 31 Dis), perbelanjaan mengurus LBK ialah berjumlah RM 10,070.96. Perbelanjaan yang dibuat adalah atas perkara-perkara berikut:

  1. Serahan duit adat kepda Waris Mutlak RM 1,430.00

  2. Pengurusan Watiqah Sanad (LBN Selangor) RM 2,325.00

  3. Pakej acara di hotel (Tanera dan KLIH) RM 5,281.00

  4. Fotostat dokumen (minit, kertas kerja dll) RM 167.65

  5. Pembangunan web gayongadat.com RM 370.61

  6. Cetak sijil adat RM 1,497.00

Sumber pembiayaan perbelanjaan perkara-perkara yang dinyatakan di atas adalah dari:

  1. Sumbangan sijil Seminar Adat KL RM 142.50

  2. Sumbangan Kursus Pegawai Adat LBK RM 65.22

  3. Jualan Buku Panduan Adat Istiadat RM 20.00

  4. Peruntukan Acara Watikah Sanad Selangor dari LBN RM 2,755.00

  5. Sumbangan dan yuran Pelancaran Web RM 341.00

  6. Pendahuluan Pengerusi LBK RM 7,315.96

Walaupun dana LBK terbatas (RM 3323.72), terutamanya kerana tabungannya hanya baru bermula, namun beberapa perkara asas perlu dilaksanakan dan ia membabitkan kos. Untuk itu Pengerusi LBK telah mendahulukan peruntukan peribadinya sebanyak RM 7315.96 (sehingga pada 31 Dis 2019) bagi memastikan supaya LBK dapat digerakkan bagi memberi perkhidmatan yang meyakinkan semua pihak yang terbabit.


Pihak LBK tidak merancang untuk meminta sedekah dari mana-mana pihak, namun tidak menghalang jika ada pihak yang berbesar hati untuk menghulurkan bantuan, dan dalam masa yang sama mengharapkan semua murid dan gurulatih menyokong dan mempermudahkan aliran sumbangan dana yang sememangnya hak adat seperti Yuran Perlimau, Penjualan Sijil-sijil Adat, penjualan Peraturan/Buku Adat dan, sumbangan ehsan crowd funding (sumbangan ramai). Sebaiknya dana-dana ini disalurkan terus kepada akaun Tabung Adat tanpa perlu diserahkan kepada orang tengah. Semua transaksi penerimaan dana akan dinyatakan dalam web gayong adat.com di tajuk laman (page) Kewangan.

3 Jan 2020

Melantik Timbalan YDP atau Timbalan Pengerusi untuk mengurus sesebuah organisasi adalah bertujuan untuk menjaminkan kelicinan dan kesinambungan pelaksanaan organisasi. Peranan seorang Timbalan ialah mengambil peranan Pengerusi untuk mengendalikan mesyuarat mahupun mengendalikan organisasi apabila Pengerusi tidak dapat menghadirkan diri untuk menjalankan tugas. Justeru tidak ada sebab kenapa sesuatu mesyuarat atau organisasi tidak dapat dilaksanakan atau ditangguhkan. Ramai yang memberi sebab mesyuarat tak dapat diadakan atas alasan kerana Pengerusi sibuk dan tidak dapat meruangkan masa untuk mempengerusikan mesyuarat.


Pengerusi dalam mengendali organisasi hendaklah mempunyai kepercayaan yang tinggi kepada Timbalannya, dan sebaliknya Timbalan pula senentiasa mengamalkan sikap menghormati Pengerusinya. Sebarang keputusan yang dibuat dimaklumkan kepada pimpinan dan merujuk sebelum membuat sesuatu ketetapan. Dalam keadaan begini pengurusan dan pelaksanaan organisasi tidak akan terganggu, malah ia menjaminkan kelicinan dan kecekapan perkhidmatan organisasi.

2 Jan 2020


Sebelum membentuk sebuah jawatankuasa, seseorang itu perlu mengetahui dan menentukan tujuannya. Persoalannya adakah untuk mengurus sebuah organisasi atau tujuannya untuk mengendali sebuah program atau aktiviti. Perlu diketahui bahawa ia akan menentukan agenda dan semangat melaksanakan mesyuarat-mesyuarat yang dianjurkan nanti.


Jawatankuasa sebuah badan (organisasi) seperti Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia atau Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Gombak dan sebagainya, mesyuaratnya adalah atas semangat pengurusan badan tersebut dalam menjalankan tanggungjawabnya. Jawatankuasa ini sering dirujuk sebagai Jawatankuasa Induk atau Pusat (Main Committee) jika pada peringkat kebangsaan. Jika jawatankuasa itu pada peringkat negeri atau daerah, makai a dirujuk sebangan Jawatankuasa Negeri atau Jawatankuasa Daerah.


Jawatankuasa yang dibentuk melaksanakan tugasnya adalah mengikut tempuh yang ditetapkan dalam Perlembagaan, iatu di antara satu mesyuarat agong perwakilan ke satu mesyuarat agong perwakilan. Bilangan mesyuarat setahun bergantung kepada bilangan yang ditetapkan oleh jawatankuasa berkenaan dengan merujuk kepada dasar yang dinyatakan dalam Perlembagaan. Agenda mesyuarat-mesyuarat pengurusannya ialah:


  1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi

  2. Membentang dan meluluskan minit mesyuarat yang lalu

  3. Perkara berbangkit dari minit

  4. Laporan Setiausaha

  5. Laporan Bendahari

  6. Laporan Biro-biro

  7. Hal-hal Lain

Manakala Jawatankuasa Pengelola (Organizing Committee), ialah sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengendali (mengelola) sebuah program atau aktiviti. Penubuhan jawatankuasa ini perlu dirujuk dan mendapat kelulusan Jawatankuasa Induk atau setidak-tidaknya dilaporkan. Struktur dan keahlianya, dan kekerapan bermesyuarat adalah bergantung kepada kesesuaian dan persetujuan ahli-ahli yang dilantik dengan menimbangkan jaminan mencapai matlamat aktiviti yang dianjurkan. Kebiasaannya kekerapan mesyuarat jawatankuasa ini ialah 2-3 kali. Mesyuarat kali pertama ialah untuk tujuan meletak kerja, manakala mesyuarat atau mesyuarat-mesyuarat seterusnya ialah untuk memantau status tindakan dan menyelesaikan isu jika berbangkit. Jawatankuasa ini bubar sebaik sahaja aktiviti selesai dilaksanakan. Walaupun begitu sebaiknya Jawatankuasa berkenaan menamatkan perkhidmatannya dengan mengadakan mesyuarat post mortem sebelum dibubarkan. Agenda mesyuarat Jawatankuasa Pengelola ialah:


  1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi

  2. Membentang dan meluluskan minit mesyuarat yang lalu

  3. Perkara berbangkit dari minit

  4. Laporan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerja

  5. Hal-hal Lain

Headline 1
bottom of page