top of page

BERITA

1 Jan 2020


Setelah lebih setengah dekad berlalu, pengurusan Gayong Malaysia masih bergelut dengan isu-isu asas. Isu-isu ini berulang dari tahun ke tahun seperti tiada penghujungnya. Jika berlaku perubahan pun ia bergerak pada kadar yang terlalu lambat. Gayong Malaysia seperti berlari setempat, peluh mencurah-curah tapi tidak bergerak ke mana-mana. Sebaiknya semua pihak, Lembaga Beradat Kebangsaan, Majlis Gurulatih Kebangsaan dan Pentadbiran masing-masing perlu senaraikan apa kah yang telah dicapai. Berdasarkan kepada senarai ini, renung sejenak apakah perluasan yang boleh dilakukan dan apakah perkara baru yang perlu diperkenalkan.


Setiap unit ini mempunyai kekuatan masing-masing, maka gabungkanlah kekuatan ini supaya Gayong Malaysia pantas bergerak dan mencapai kecemerlangan. Dimanakah Gayong Malaysia dalam PESAKA dan dimanakah pesilat Gayong dalam arena sukan negara hari ini. Kepelbagaian harus diatur sebagai gerakan tektikal dan strategik bagi mencapai visi dan misi yang sama, bukannya sebagai saingan.


Hari ini pindaan Perlembagaan telah diluluskan. Banyak perkara (fasal) dipinda untuk memantapkan pengurusan supaya Pertubuhan lebih bersedia menghadapi cabaran terkini. Pengurusan adat semakin mantap dan mula dirasai. Banyak perkara dirakamkan dalam bentuk dokumen bercetak dan digital supaya mudah dicapai dalam negara dan luar negara. Justeru tahun 2020 harus menjanjikan lonjakan (quantum leap) kebangkitan yang menggegarkan dunia persilatan negara.


Gurulatih, pentadbir dan murid Gayong jangan besarkan perbezaan, kerana ia tidak memberi kekuatan. Setidak-tidaknya jika tidak berkesempatan membuat penambah baikan, berilah sokongan kepada inisiatif yang dibuat oleh mana-mana pihak. Beri bimbingan dan dorongan. Apabila berjaya kita rai bersama. Jangan pula kita menjadi penghalang. Jika inisiatif terus dilaksanakan dan berjaya, kita pula yang tersipu.


Pemimpin dan pentadbir boleh bertukar ganti, misi dan visi hendaklah

kekal dan tekal.

31 Dis 2019

Dalam sesuatu mesyuarat ada dua agenda yang memerlukan ahli (ahli yang diberi tugasan) untuk menceritakan (melapor) tindakan-tindakan yang telah diambil. Agenda ini ialah pada agenda Perkara berbangkit dan agenda Laporan. Lazimnya agenda diatur sebagai agenda ke 3 dan ke 4. Agenda ini kebiasaannya dinyatakan seperti berikut:


  • Perkara berbangkit dari minit

  • Laporan Setiausaha/Bendahari/Biro/Jawatankuasa Kerja dll


Pada agenda Perkara bangkit, ia adalah merupakan ruang dimana mesyuarat ingin mendapat maklumat mengenai tindakan yang bersifat perkara-perkara semerta dan ringkas. Manakala agenda Laporan adalah pembentangan laporan isu yang bersifat berpanjangan dan berulang pada mesyuarat akan datang. Terrdapat juga keadaan dimana isu yang sepatutnya dibentang pada agenda Perkara berbangkit dipindahkan kepada agenda Laporan. Ini berlaku sekiranya isu berkaitan ada kaitan diantara satu dengan lain. Apabila keadaan ini berlaku, maka pegawai yang bertanggungjawab akan memaklumkan kepada Pengerusi:


Tuan Pengerusi, saya akan melaporkan perkara tersebut didalam agenda Perkara berbangkit


Tindakan ini akan menjimatkan masa mesyuarat dan dalam masa yang sama ahli-ahli akan dapat memberi tumpuan apabila pembentangan dibuat. Dua agenda ini (Perkara berbangkit dan Laporan) adalah sebab utama kenapa mesyuarat diadakan. Ia merupakan elemen followup dan follow through (tindakikut) ke atas arahan mesyuarat. Jika agenda-agenda ini tiada dalam agenda mesyuarat, maka sesi mesyuarat akan menjadi satu perjumpaan bersembang dan tiada hala tuju. Maka timbullah soalan, lepas ni nak buat apa atau what’s next……

28 Dis 2019

Pada tarikh 31 Disember 2019, tempoh perkhidmatan semua Ahli Lembaga Waris Amanah, Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan dan Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan akan tamat. Tindakan melantik pegawai-pegawai bagi mengisi jawatan utama adat pada peringkat kebangsaan ini perlu disegerakan supaya tidak mengganggu penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar Silat Seni Gayong Malaysia pada semua peringkat pengurusan.


Perlantikan mengikut prinsip back to back perlu dititikberatkan supaya tidak berlaku pause dalam pengurusan terutamanya yang memerlukan direction dari pusat yang kadangkala dijadikan alasan untuk tidak bertindak oleh setengah-setengah pihak atas alasan pengurusan atas tidak memberi maklumbalas. Ini sudah tentu akan menjejaskan kelicinan penyelesaian sesuatu isu, apatah lagi jika isu yang dihadapi bersifat kritikal dan memerlukan perhatian segera (immediate attention).


Pada 11 Jan 2020 jam 1430 ini bertempat di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH), Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur. Seramai 7 orang Ahli Lembaga Waris Amanah akan menerima watikah masing-masing. Disamping itu Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan dan Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan akan turut menerima watikah menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi tempuh 2020-2025. Dalam masa yang sama seramai 4 orang Pegawai Perlapis Perlimau akan menerima watikah sebagai Wakil Perlimau.


Majlis ini akan dihadiri oleh YBhg Hajah Siti Fadzillah Dato’ Meor Rahman, Waris Mutlak dan YBhg Datuk Hj Mohd Haniff Haji Koslan Timbalan Imam Khalifah Agong Silat SEni Gayong Malaysia bagi menyaksi dan menyampaikan watikah.

Headline 1
bottom of page