top of page

ACARA PERMASYHURAN AHLI LEMBAGA WARIS AMANAH 2020-2025

28 Dis 2019

Pada tarikh 31 Disember 2019, tempoh perkhidmatan semua Ahli Lembaga Waris Amanah, Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan dan Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan akan tamat. Tindakan melantik pegawai-pegawai bagi mengisi jawatan utama adat pada peringkat kebangsaan ini perlu disegerakan supaya tidak mengganggu penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar Silat Seni Gayong Malaysia pada semua peringkat pengurusan.


Perlantikan mengikut prinsip back to back perlu dititikberatkan supaya tidak berlaku pause dalam pengurusan terutamanya yang memerlukan direction dari pusat yang kadangkala dijadikan alasan untuk tidak bertindak oleh setengah-setengah pihak atas alasan pengurusan atas tidak memberi maklumbalas. Ini sudah tentu akan menjejaskan kelicinan penyelesaian sesuatu isu, apatah lagi jika isu yang dihadapi bersifat kritikal dan memerlukan perhatian segera (immediate attention).


Pada 11 Jan 2020 jam 1430 ini bertempat di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH), Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur. Seramai 7 orang Ahli Lembaga Waris Amanah akan menerima watikah masing-masing. Disamping itu Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan dan Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan akan turut menerima watikah menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi tempuh 2020-2025. Dalam masa yang sama seramai 4 orang Pegawai Perlapis Perlimau akan menerima watikah sebagai Wakil Perlimau.


Majlis ini akan dihadiri oleh YBhg Hajah Siti Fadzillah Dato’ Meor Rahman, Waris Mutlak dan YBhg Datuk Hj Mohd Haniff Haji Koslan Timbalan Imam Khalifah Agong Silat SEni Gayong Malaysia bagi menyaksi dan menyampaikan watikah.

bottom of page