top of page

BERITA

10 Dis 2019

Bagi tujuan menyelaras serta mengawal acara perlimau samada Perlimau Tapak atau Perlimau Seni, Lembaga Beradat Kebangsaan telah mengenakan syarat bahawa semua pegawai perelimau perlu mempunyai watikah bagi melayakkan pegawai berkenaan menjalankan acara tersebut. Watikah ini menyatakan kelayakan serta kuasa kebenaran seseorang pegawai itu mengendalikan acara perlimau bagi tempoh 3 (tiga tahun). Apabila tamat tempoh maka pegawai berkaitan boleh memohon untuk mendapatkan watikah bagi tempoh perkhidmatan 3 tahun seterusnya.

Tidak digalakkan seseorang pegawai perlimau menjalankan acara tanpa memiliki watikah yang sah, walaupun mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkenaan. Sistem kawalan ini diwujudkan untuk mengelakkan wujudnya pegawai perlimau berstatus free lance. Mereka yang berstatus sebegini mengundang berbangkitnya isu dan konflik, dan terdedah kepada perbuatan mengenakan yuran untuk penggunaan peribadi. Ini akan merugikan pembangunan organisasi dan menidakkan hak kutipan tersebut kepada pihak-pihak yang sepatutnya menerima agihan kutipan yuran yang terkumpul.

Watikah Perlimau dikeluarkan oleh LBK dan penyerahannya dilakukan secara adab bersaksi dengan bayaran pada kadar RM 50.00. Semua gurulatih dan murid boleh menyemak senarai pegawai perlimau yang mempunyai watikah sah dalam laman (page) Majlis Perlimau Kebangsaan di website gayongadat.com

6 Dis 2019


Berikutan dengan dasar pengenalan tempuh perkhidmatan jawatan-jawatan adat dan juga pengeluaran Sijil Aku Janji maka pengurusan Lembaga Beradat Kebangsaan dan Lembaga Beradat Negeri diminta untuk mempunyai rekod-rekod perlantikan jawatan yang mempunyai maklumat-maklumat berikut:

  1. nama pemegang jawatan

  2. tarikh jawatan berkuatkuasa

  3. tarikh tamat tempoh jawatan

Maklumat-maklumat ini akan memudahkan urusan penyeliaan (monitoring) penamatan dan perlantikan seterusnya dan juga pengeluaran Sijil Aku Janji bagi pengesahan calon menerima jawatan. Bagi jawatan-jawatan utama adat yang berada di negeri (Imama Khalifah, Timbalan Imam Khalifah, Kipas Emas dan Khalifah Besar), pihak LBN hendaklah memaklumkan sebarang perlantikan atau penamatan jawatan kepada pengurusan LBK untuk tindakan perkara-perkara yang dinyatakan. Surat lantikan hendaklah mengikut format dan kandungan berikut: FORMAT:



5 Dis 2019

Bagi mengemaskinikan lantikan ke jawatan adat, semua pemegang jawatan akan menerima 2 (dua) dokumen asas sebagai rujukan. Dokumen-dokumen ini ialah surat lantikan dan dokumen Aku Janji. Sebaik sahaja seseorang itu ditunjuk untuk memgang jawatan, maka surat lantikan akan dikeluarkan dengan menyatakan perkara-perkara berikut:

  1. tarikh bermula dan tamat tempuh

  2. proses perlantikan semula atau menyambung perkhidmatan


Seseorang yang ditawarkan lantikan dikehendaki menyatakan persetujuannya dengan menanda tangan sijil Aku Janji. Sijil berkenaan menjelaskan 10 (sepuluh) perkara asas untuk dipatuhi oleh seseorang penjawat jawatan adat yang jika disabit boleh menyebabkan jawatan yang disandang akan ditamatkan. Setiap jawatan yang disandang dikehendaki mempunyai kedua-dua dokumen ini sebagai pengesahan menjalankan perkhidmatan.

Semua jawatan utama pada peringkat kebangsaan dan negeri akan disokong dengan dokumen yang dikeluarkan oleh Lembaga Beradat Kebangsaan. Jawatan-jawatan ini termasuklah jawatan-jawatan berikut:

  1. Imam Khalifah Agong

  2. Timbalan Imam Khalifah Agong

  3. Imam Khalifah Negeri

  4. Timbalan Imam Khalifah Negeri

  5. Kipas Emas Kebangsaan

  6. Kipas Emas Negeri

  7. Khalifah Besar

  8. Pengerusi dan ahli jawatankuasa Lembaga Beradat Kebangsaan

  9. Pengerusi dan ahli jawatankuasa Majlis Gurulatih Kebangsaan

  10. Pengerusi Lembaga Beradat Negeri

  11. Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri

Manakala jawatan-jawatan adat negeri akan disokong dengan dokumen yang dikeluarkan oleh Lembaga Beradat Negeri. Jawatan-jawatan ini termasuklah jawatan-jawatan berikut:

  1. Ahli-ahli jawatankuasa Lembaga Beradat Negeri

  2. Ahli-ahli jawatankuasa Majlis Gurulatih Negeri

  3. Khalifah Kanan sehingga ke Khalifah Muda

Sijil Aku Janji tamat dirujuk kepada surat lantikan ke jawatan seseorang yang memegang jawatan berkaitan. Jika seseorang itu dilantik untuk menyambung perkhidmatnya, maka sebuah surat lantikan baru akan dikeluarkan bersama dengan sijil Aku Janjinya. Lembaga Beradat Kebangsaan dan Lembaga Beradat Negeri bertanggungjawa menyelia, mengawal dan melaksana dasar ini.

Headline 1
bottom of page