top of page

BERITA

8 Nov 2019

Dalam mengendali aktiviti adat terbabit kos-kos timbul bagi membiayai perkara-perkara pengurusan. Pembiayaan kos-kos ini lazimnya amat bergantung kepada sumber dari yuran perlimau tapak dan seni. Pada hari ini sebahagian kos ini juga bergantung kepada bayaran sijil-sijil adat (perlimau tapak dan perlimau seni). Justeru diseru supaya semua pegawai wakil perlimau dan gurulatih-gurulatih yang menjalankan aktiviti ini hendaklah komited untuk melaksanakan serahan yuran-yuran yang terbabit. Dengan komitmen ini, maka dijangka aktiviti adat akan dapat dilaksanakan dengan lebih licin dan lebih berkesan.


Untuk tujuan ini Lembaga Beradat Kebangsaan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Adat SPA Bil 7/2018 - Kutipan Yuran Adat Perlimau Tapak dan Seni untuk memberi panduan mengenai saluran penyerahan yuran kepada LBK. Bagi meningkatkan kecekapan penyerahan yuran dan memudahkan urusannya, pihak gurulatih dikehendaki memasukan kutipan masing-masing terus ke akan adat (pusat) CIMB 7625909234 (Penolong Bendahari Adat). Malahan akaun ini juga digunakan untuk penyerahan dana jika gurulatih memesan sijil perlimau (tapak dan seni). Kaedah ini tidak memerlukan orang tengah untuk menyampaikan dana, tetapi urusan berkaitan terus dari gurulatih ke tabung adat.




7 Nov 2019

Tanpa kita sedari bahawa pengurusan yang melakar perjalanan Silat Seni Gayong ialah Badan Adat. Keseluruhan pengurusan silat ini adalah bergantung kepada kecekapan dan keberkesanan pengendalian hal-hal pentadbiran, kewangan, pelajaran dan adat-istiadatnya. Peranan ini adalah tanggungjawab Badan Adat. Struktur personel dan jawatan yang diwujudkan dari Imam Khalifah Agong sehinggalah pengurusan Lembaga Beradat Kebangsaan pada peringkat pusat, dan dari Imam Khalifah negeri sehinggalah Khalifah Muda dan pengurusan Lembaga Beradat Negeri pada peringkat negeri, dalam badan tersebut adalah untuk mendokong tangunggungjawab yang dinyatakan.


Pada peringkat Badan Adat Negeri, bidang tanggungjawab yang dinyatakan (pentadbiran, kewangan, pelajaran dan adat-istiadat) diterjemahkan kepada fungsi 4 Khalifah Besar. Justeru Khalifah Kanan mengawal, mengawas dan melaporkan 4 perkara ini yang berlaku di gelanggang di daerah-daerah kawalannya. Khalifah pula melapor perkara yang sama bagi gelanggang-gelanggang di daerah (1) kawalannya, dan Khalifah Muda mengawal, mengawas dan melapor 4 aktiviti yang dinyatakan yang berlaku di gelanggangnya. Lembaga Beradat Negeri hendaklah tanpa gagal memastikan fungsi-fungsi ini dilaksanakan oleh badan dan majlis yang dibentuk sempena dengan usaha ini.


Badan Adat pada peringkat pusat pula dikendalikan bersama dengan Lembaga Waris Amanah. Mesyuarat Lembaga Waris Amanah turut dihadiri (atas jemputan) Imam Khalifah Agong, Timbalan Imam Khalifah Agong dan Waris Mutlak. Tanpa pimpinan (Imam, Timbalan Imam dan Waris Mutlak) persidangan Badan Adat akan diteruskan dengan perbincangan oleh Ahli-ahli Lembaga Waris Amanah dan keputusan-keputusan dibuat akan disampaikan kepada pihak berkenaan dan dilaksanakan oleh pengurusan-pengurusan seterusnya. Saluran penyampaian akan dilakukan oleh Lembaga Beradat Kebangsaan.

6 Nov 2019


Walaupun dalam struktur Badan Adat Negeri, jawatan Khalifah Besar berada dalam kedudukan ke empat selepas Imam Khalifah, Timbalan Imam Khalifah dan Kipas Emas, namun fungsi dan bidang kuasanya mencakupi keseluruhan pembangunan dan pengembangan Silat Seni Gayong di sesebuah negeri. Bidang pengurusannya melibatkan hal-hal yang berkaitan pengurusan (pentadbiran), kewangan, pengajaran (pelajaran) dan adat-istiadat. Mereka bertangungjawab untuk menyelia dan mengawasi bidang-bidang yang dinyatakan. Urusan-urusan ini dikendalikan oleh Khalifah Kanan, Khalifah dan Khalifah Muda pada peringkatnya. Khalifah Kanan mengawasi daerah-daerah dibawahnya, Khalifah mengawasi gelanggang-gelanggang di bawah daerahnya dan Khalifah Muda mengawasi gelanggangnya masing-masing.


Atas sebab inilah maka Khalifah Besar perlu aktif menjalankan mesyuarat-mesyuarat koordinasi yang disebut sebagai mesyuarat Badan Adat Negeri. Pada hirarki pengurusan mesyuarat ini hendaklah di pengerusikan oleh Imam Khalifah atau Timbalan Imam Khalifah. Namun jika kedua-dua Imam dan Timbalan Imam tidak dapat mengendalikan mesyuarat, maka Khalifah Besar (Pentadbiran) boleh mempengerusikan mesyuarat berkenaan supaya urusan menyelia dan mengawasi perkara-perkara yang dinyatakan tidak tertangguh atau tidak dilakukan sama sekali. Khalifah Besar yang mengawasi bidang-bidang lain (kewangan, pelajaran dan adat-istiadat) juga boleh mempengerusikan mesyuarat ini jika perlu. Adalah mustahil dengan 1+1+1 (4) lapisan jawatan iaitu Imam Khalifah, Timbalan Imam Khalifah dan Khalifah Besar (4 orang), mesyuarat Badan Adat Negeri tidak dapat dilaksanakan setidak-tidak 2 kali dalam setahun.


Sekiranya isu yang dibawa melibatkan keputusan dasar, maka isu berkenaan hendaklah dimaklumkan dan dirujuk kepada Imam Khalifah.untuk mendapat pandangan dan keputusan, manakala lain-lain isu pengurusan masih boleh dibincangkan dan dilaporkan supaya momentum penyeliaan dan pengawasan dapat diteruskan, justeru mengangkat moral gurulatih dan personel yang terlibat.

Headline 1
bottom of page