top of page

MESYUARAT LAWATAN TAPAK JK PENGELOLA MAJLIS PENYAMPAIAN SANDANG DAN SIDANG ALWA

7 Sep 2020



Mesyuarat diadakan bagi tujuan untuk menetapkan format pengendalian acara Penyampaian Sandang khususnya, di samping untuk meninjau kemudahan yang terdapat di tempat-tempat acara yang akan dikendalikan. Antara perkara yang ditetapkan di mesyuarat ialah:

  1. Perarakan masuk rombongan VIP dan VVIP

  2. Aturan tempat duduk VIP dan VVIP

  3. Urutan pergerakan penerima sandang dan sijil

  4. Pelan lantai acara


Untuk melengkapserikan majlis dengan perarakan yang disertai oleh pembawa bunga paha, tombak dan keris panjang bagi mengiring rombongan VIP dan VVIP dari bilik menanti (holding room) ke auditorium. Semua peserta akan disediakan dengan beg kertas khas untuk mengisi watikah, sijil dan sandang masing-masing.


Pengarah Pusat Sains Negara dianugerahkan sandang kehormat Mahkota Cula Pelangi. Walaupun JK Pengelola ada bekalan sandang untuk disampaikan, namun diingatkan supaya mendapatkan maklumat (nama dan no kp) bagi urusan penyediaan watikah dan sijil Aku Janji dalam masa terdekat. Dalam masa yang sama hasrat menyampaikan sandang hendaklah dimaklumkan kepada pegawai berkaitan.


Dimaklumkan seramai 106 jemputan dan peserta akan menghadiri majlis Walaupun kapasiti auditorium boleh memuatkan lebih dari 200 orang, namun pihak pengurusan premis membantaskan bilangan kehadiran supaya akur kepada kehendak SOP KKM. Pada hari majlis diadakan, Pusat Sains Negara membuka premisnya kepada pengunjung awam. Walaupun begitu pengunjung-pengunjung tidak akan mengganggu majlis kerana mereka hanya berada di tapak-tapak pameran dan aktiviti (ground floor), manakala acara diadakan di tingkat tiga (3) dan empat (4).


Mesyuart mengingatkan supaya tumpuan mesti diberi kepada butiran tindakan (attention to details) bagi mengelak berlakunya keadaan terputus yang mengakibatkan tetamu dan hadirin terpinga-pinga. Jika ini berlaku ia memberi petunjuk bahawa pengurus acara telah gagal menjalankan tanggungjawabnya, justeru acara tidak sampai ke tahap atau standard yang boleh dijadikan bench mark bagi acara-acara akan datang. Setiap petugas dan jawatankuasa mesti memainkan peranan masing-masing dan mempunyai semangat team player. Pada hari acara mod kerja adalah damage control. Be the problem solver but not the problem.

bottom of page