top of page

PENGURUSAN ADAT NEGERI WAJAR MULA BERGERAK SEKARANG

20 Jan 2020

Semua Badan Adat Negeri (BAN) sewajarnya sudah mengadakan mesyuarat perancangan masing-masing bagi menentukan supaya bidang adat dan semua badan pengurusan dan gurulatih jelas akan halatuju Silat Seni Gayong negeri. Pihak pengurusan adat dan para gurulatih seharusnya mengetahui apakah yang sedang dirancang dan akan berlaku sepanjang tahun 2020. Dengan status ini maka setiap gelanggang akan lebih bersedia untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan sama ada pada peringkat negeri, daerah/cawangan mahupun gelanggang. Antara perkara yang boleh dimuatkan dalam perancangan ialah:


  • Mesyuarat-mesyuarat pengurusan

  • Kursus gurulatih (bidang adat)

  • Acara perlimau

  • Penyampaian sandang

  • Majlis tahlil dan doa selamat

  • Perayaan Hari Raya

  • Acara korban

  • Kutipan sumbangan dana adat

Aktiviti-aktiviti yang disenaraikan boleh dikategorikan sebagai one off atau bersifat pengisian pembangunan. Pelaksanaannya boleh digabungkan dengan anjuran bersama Majlis Gurulatih dan Pentadbiran.


BUANG SIKAP TUNGGU DAN LIHAT

SEMARAKKAN SIKAP SOKONG DAN PIMPIN

bottom of page