PENYAMPAIAN SANDANG, 26 JUN 2026, HOTEL IDEAS, KUALA LUMPUR
- 10 hours ago
- 1 min read
1 Julai 2026

Waris Mutlak Silat Seni Gayong, Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman telah menyempurnakan penyampaian sandang kepada 6 orang Ahli Lembaga Waris Amanah Silat Seni Gayong Malaysia pada 26 Jun 2026 di Hotel Ideas, Kuala Lumpur. Majlis yang dianjurkan oleh Lembaga Adat-Istiadat Silat Seni Gayong Malaysia turut dihadiri oleh YBhg Tan Sri Zainal Dahlan, Timbalan Imam Khalifah Silat Seni Gayong Malaysia Negeri Selangor beserta YBhg Abdul Rais Abdul Rahman, Imam Khalifah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Putrajaya.
