top of page

PERLANTIKAN PENGERUSI LEMBAGA BERADAT DAN MAJLIS GURULATIH SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN KL & PERLIS

12 September 2019


Persidangan Khas Lembaga Waris Amanah pada 8 Sept 2019 bersetuju untuk memberi sokongan kepada perlantikan Dr. Rosman Ismail dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Beradat Selangor dan Saudara Aminuddin Ahmad sebagai Pengerusi Majlis Gurulatih atas dasar maklumat prestasi yang diperolehi. Namun begitu dalam masa yang sama pihak Lembaga Waris Amanah mencadangkan supaya Badan Adat Negeri turut menimbangkan supaya melantik Saudara Ibrahim Rejab sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Beradat Negeri, manakala Mohd Hafizul Ayob sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri.


Persidangan juga bersetuju untuk memberi sokongan kepada perlantikan Tuan Haji Awaludin Marsuk dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Beradat Selangor dan Saudara Shaqireen sebagai Pengerusi Majlis Gurulatih atas dasar pencalon Badan Adat Wilayah Persekutuan KL. Pencalonan jawatan Pengerusi Lembaga Pengerusi Beradat Perlis telah ditolak dan diminta supaya supaya Badan Adat Negeri (Perlis) menimbangnya semula kerana calon yang dikemukakan tinggal di negeri Kedah. Jawatan Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri diterima untuk diberi sokongan.

bottom of page