top of page

PERSIDANGAN KHAS LEMBAGA WARIS AMANAH

9 September 2019


Lembaga Waris Amanah telah mengadakan Sidang Khasnya pada 8 Sept di KBS Kg Pandan, Kuala Lumpur. Sidang yang telah bermula pada jam 1530 tamat pada 1850. Antara perkara utama dyang dibincangkan ialah bagi memberi sokongan kepada pencalonan pemegang jawatan-jawatan pengerusi Lembaga Beradat dan Majlis Gurulatih bagi negeri-negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Perlis. Persidangan juga menyentuh beberapa perkara dasar yang telah mendapat pandangan Mesyuarat AMJA pada 24 Ogos 2019 yang lalu. Antara pandangan yang dibawa perhatian ialah:


✔ Surat Pekeliling Adat yang tidak menggalakan Ahli Lembaga Waris Amanah memegang jawatan Pentadibiran di semua peringkat (Kebangsaan, Negeri Dan Cawangan/Daerah)


✔ Mengemaskan kandungan Buku Peraturan Adat-Istiadat


✔ Pendaftran keahlian gurulatih-gurulatih lama


Turut hadir di persidangan ialah Pn Marian Bujang, SUA PSSGM. Persidangan berakhir dengan ingatan supaya setiap ahli Lembaga memahami dan menghayati bahawa kewujudan Lembaga Waris Amanah adalah atas nama badan tubuh Dato’ Meor Rahman. Justeru pergerakannya berlandaskan satu unit, iaitu bersemangatkan collective decision making. Peranan badan ini harus dilihat sebagai badan yang mewakili majlis guru tua (Council of the Elders), iaitu menasihat dan mencari jalan penyelesaian kepada sebarang konflik.

bottom of page