top of page

BERITA

3 Feb 2021


ree

Pada tahun lalu (2020) dan baru-baru (2021) ini pihak Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia dapat maklum kematian murid dan gurulatih Silat Seni Gayong. Pihak Yayasan merasa amat simpati kerana tidak upaya membantu sekurang-kurangnya dalam perkara mengurangkan beban kepada waris menguruskan pengkebumian murid dan gurulatih yang berkaitan.


Atas rasa tanggungjawab inilah Yayasan telah mewujudkan skim khairat kematian untuk semua murid Silat Seni Gayong dan ahli keluarga masing-masing, malah skim ini ditawarkan juga kepada semua aliran Silat Seni Gayong sepertimana yang diumumkan dalam berita terdahulu.


Yayasan maklum bahawa terdapat skim khairat yang sama juga ditawarkan oleh badan-badan kebajikan lain seperti persatuan penduduk, persatuan kebajikan di tempat kerja, masjid dan surau. Yayasan juga maklum bahawa kutipan (derma kilat) boleh dilakukan jika berlaku kematian oleh rakan dan ahli keluarga untuk membantu mengurangkan beban perbelanjaan oleh waris yang tinggal. Namun begitu Yayasan sedar bahawa kadangkala terdapat kerumitan tertentu dari aspek kaedah dan juga jumlah dana yang dapat dikumpulkan. Justeru skim ini adalah merupakan pilihan yang ditawarkan oleh Yayasan demi menjaga kesejahteraan dan kebajikan murid, gurulatih dan ahli keluarga yang terbabit.


Pada kadar RM 20.00-RM 100.00 seorang/tahun bantuan akan diberi sebanyak RM 8,000 melalui skim ini. Pada kesempatan yang ada, rujuk butiran penyertaan pada lamanweb gayongadat.com di laman Yayasan Kebajikan Gayong dan sertailah skim yang ditawarkan. Allah SBT menjemput orang tersayang tanpa dapat diduga masanya.

1 Feb 2021


Jawatankuasa pengelola mesyuarat agung Majlis Waris Kerabat ADMAR sekali lagi terpaksa menunda tarikh mesyuarat yang dijadualkan pada 6 Feb 2021 kerana pelaksanaan PKPP yang hanya akan dimaklumkan tempuh tamat atau dilanjutkan pada 4 Feb 2021. Langkah ini terpaksa diambil untuk mengelak dari kerumitan mengatur dan menyelaraskan tindakan yang lebih kemas dan selesa kepada semua pihak yang terbabit terutamanya jika melakukan pembatalan atau pindaan tarikh pada saat akhir.


Tarikh tangguh acara akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Namun begitu, pimpinan Majlis Waris Kerabat diminta untuk menimbangkan pelaksanaan AGM secara sidang video kerana ahli yang terlibat tidak ramai mengikut kehendak perlembagaan yang diluluskan oleh ROS. Menyegerakan AGM bagi membolehkan majlis bergerak seperti yang diperlukan demi menjaga kepentingan dan hak keluarga ADMAR.


Pengurusan Majlis Waris Kerabat diminta untuk membuat tinjauan dalam kalangan ahli untuk mengadakan mesyuarat secara sidang video. Sebaik-baiknya laporan kekangan mengadakan AGM dan tarikh pengendaliannya dimaklumkan kepada ROS bagi mengelak dari teguran pentadbiran oleh pihak berkenaan kenapa AGM pertama dilaksanakan di luar tempuh (60 hari selepas tarikh kelulusan).


Headline 1
bottom of page