top of page

BERITA

2 Okt 2026


إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa Badek Ruzaman bin Zainal Abidin telah kembali ke rahmatullah akibat serangan jantung pada pukul 3.15 petang tadi di Hospital Sultanah Bahiyah.


Sehubungan itu, dimohon jasa baik semua untuk menyampaikan berita ini kepada sahabat handai, kenalan dan mereka yang mengenali Allahyarham.


Marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan Surah al-Fatihah buat roh Allahyarham. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, serta menempatkan rohnya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.


Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga mereka dikurniakan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.


Al-Fatihah.


Headline 1
bottom of page