top of page

BERITA

18 September 2026


UTC KOMTAR, PULAU PINANG


Akademi Silat Seni Gayong (SSG) Pulau Pinang telah melaksanakan Ujian Gurulatih yang melibatkan:


👤 2 Gurulatih

👥 14 Pembantu Gurulatih

🏫 23 Gelanggang


Ujian ini menjadi sebahagian daripada usaha Akademi SSG Pulau Pinang dalam memastikan tenaga pengajar sentiasa mempunyai tahap ilmu, kemahiran, kecekapan dan disiplin yang diperlukan untuk membimbing pesilat.


Pengukuhan kualiti gurulatih amat penting bagi memastikan perkembangan Silat Seni Gayong di setiap gelanggang dapat dilaksanakan secara tersusun, berterusan dan berkualiti.


Tahniah dan syabas kepada semua peserta ujian. Semoga usaha ini terus memperkukuh barisan gurulatih serta melahirkan generasi pesilat yang berilmu, berdisiplin dan beradab.



Silat Seni Gayong — Ilmu, Adab, Disiplin dan Warisan.


10 September 2026


إنا لله وإنا إليه راجعون


Dengan penuh dukacita, Warga Silat Gayong ingin memaklumkan bahawa Cikgu Mohd Shahmi bin Saparuddin, Gurulatih Silat Seni Gayong, telah kembali ke rahmatullah pada 10 September 2026, bersamaan malam Jumaat.


Sehubungan dengan itu, seluruh Warga Silat Gayong merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham atas pemergian insan yang telah menyumbang kepada perkembangan dan perjuangan Silat Seni Gayong.


Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebajikan, melapangkan serta menerangi kuburnya, dan mencucuri rahmat ke atas rohnya.


اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه


Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham bersama para solihin dan orang-orang yang beriman serta dikurniakan sebaik-baik tempat di sisi-Nya.


Al-Fatihah.


Ikhlas daripada

Warga Silat Gayong

5 September 2026


Akademi Silat Gayong Srikandi TSL telah menganjurkan Majlis Adat Istiadat Perlimau Tapak & Seni Silat Seni Gayong bertempat di Dewan Khalifah, SM Sains Sembrong.


Majlis dimulakan dengan pendaftaran peserta, diikuti Adat Mengambil Tapak oleh Cikgu Suzaini Binti Sam dan bacaan doa oleh Ustaz Abu Hafiz Bin Mohd Kamal.


Majlis turut diserikan dengan ucapan alu-aluan oleh Cikgu Suzaini Binti Sam, Ketua Gurulatih Akademi Silat Gayong Srikandi TSL, serta ucapan perasmian oleh Dr Rosman Bin Ismail, Wakil Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR Malaysia.


Kemuncak program ialah pelaksanaan Majlis Adat Perlimau Tapak & Seni, sebelum diakhiri dengan sesi bergambar dan penutupan gelanggang.



Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha memartabatkan adat, budaya dan warisan Silat Seni Gayong.


Headline 1
bottom of page