3 Julai 2026

ALOR GAJAH, MELAKA, 17 Jun 2026 – Hampir 800 peserta dari seluruh negara telah menyertai Majlis Penganugerahan Tali Pinggang Peringkat Tertinggi dan Watikah Jurulatih Muda Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di MRSM Alor Gajah, Melaka.
Program ini menghimpunkan pesilat dari sembilan negeri sebagai platform untuk memperkukuh pembangunan seni silat di sekolah serta melahirkan jurulatih muda yang kompeten dan berwibawa.Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Azaam Yaacob, Pengerusi MRSM Alor Gajah, dan turut dihadiri oleh Prof. Dr. (HC) Abdul Razak Hasan, Guru Utama Seni Silat Gayong Panji Alam Malaysia.
Dalam amanatnya, beliau menegaskan bahawa jurulatih bukan sahaja berperanan menyampaikan ilmu persilatan, malah bertanggungjawab membentuk sahsiah, adab, disiplin dan jati diri generasi muda, di samping memelihara serta memartabatkan warisan persilatan Melayu.Program ini turut meneruskan aspirasi Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman untuk mengembangkan Seni Silat Gayong ke seluruh dunia serta memperkukuh kesinambungan warisan bangsa agar terus lestari dan dihargai oleh generasi akan datang.


