top of page

BERITA

22 Jun 2021



Seramai 28 orang gurulatih telah menyumbang. Jumlah yang terkumpul ialah RM 2,750. Manakala gelanggang yang menyumbang setakat ini ialah 6 buah (RM 530). Jumlah yang telah di masukkan dalam akaun bank ialah RM 3,280 sehingga pada 21 Mei 2021. Masih ramai lagi gurulatih dan gelanggang yang tidak menyumbang. Tidak sepatutnya ini sahaja amaun terkumpul kerana sebelum ini tidak kurang ramai yang meluahkan hati bahawa pimpinan Silat Seni Gayong tidak prehatin. Mereka menyuarakan jika ada sumbangan yang diperlukan kami bersedia.


Kini inisiatif telah diambil. Program diwujudkan atas nama Projek Taiping. Institusi pengendali dipersetujui, Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia. Akaun Yayasan dijadikan akaun menyimpan dan mengoperasi dana. Isunya sekarang mana sumbangannya….


21 Jun 2021




Yang DiPertua dan barisan Ahli Majlis Jawatankuasa Agong, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, akan menganjurkan Majlis Bacaan Yasin secara online serentak Anak Anak Gayong Malaysia sempena memperingati tiga puluh (30) tahun pemergian Allahyarham Mahaguru, Dato Meor Abdul Rahman Bin Daing Uda Hashim pada 23 Jun 2021 (Rabu). Acara akan bermula pada jam 2000 malam. Google-meet link akan diberikan dalam masa terdekat.


Semua Setiausaha Negeri dan Setiausaha Cawangan hendaklah memaklumkan majlis ini kepada Yang Dipertua Negeri / Pengerusi Cawangan serta Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia pada peringkat masing masing bagi menyertai acara.


Headline 1
bottom of page