top of page

BERITA

23 Nov 2020


ALWA (Tadbir) iaitu sebuah urus setia yang wujudkan oleh Waris Zuriat melalui surat 20 Sep 2020 bagi tujuan antaranya ialah untuk mengawal dan menyelia badan-badan organisasi atau institusi Silat Seni Gayong Malaysia supaya dikendalikan berlandaskan kepada urus tadbir yang baik (good governance) untuk mencapai misi dan visi membangunkan manusia melalui pengajaran Silat Seni Gayong, telah mewujudkan sebuah badan yang namakan sebagai Majlis Setiausaha-Setiausaha Silat Seni Gayong Malaysia.


Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 8 Nov 2020 melalui sidang video. Angoota Majlis ini ialah SUA PSSGM, SU MGK, SU LAIK, SU YKGM dan SU MWK. Melalui sidang itu dimaklumkan bahawa, walaupun Waris Amanah (Zuriat) adalah kemuncak (apex) kepada pengurusan Silat Seni Gayong Malaysia bagi menyatukan (converge) semua gerak dan langkah namun ianya lebih mudah dicapai jika ia berlandaskan kepada sebuah Grand Design.


ALWA (Tadbir) percaya bahawa pembinaan Grand Design ini akan lebih pantas dicapai jika foundation pengurusan dapat dimantapkan melalui amalan urus tadbir yang baik. Untuk itu pengetahuan dan kemahiran hendaklah dibangunkan dalam kalangan personel yang mengendalikan operasi sesebuah organisasi atau institusi ALWA (Tadbir) menubuhkan Majlis ini bagi membuka ruang ahli membuat rujukan atau konsultasi, dan dalam masa yang sama mendapat bimbingan mengendalikan organisasi atau institusi masing-masing dengan penuh yakin. Untuk itu Majlis Setiausaha akan mengadakan sidang video pada setiap 2 bulan sekali. Walaupun begitu ahli-ahli majlis boleh merujuk untuk mendapat nasihat dan bantuan pada bila-bila masa.


Sebagai langkah persediaan pengurusan tahun 2021 semua setiausaha yang terbabit diminta usahakan supaya organisasi masing-masing dilengkapkan:


  1. Senarai ahli jawatankuasa

  2. Mengeluarkan surat lantikan, watikah dan sijil Aku Janji ahli jawatankuasa

  3. Mendyediakan Bajet perbelanjaan 2021

  4. Menyediakan Takwim Mesyuarat Pengurusan dan aktiviti 2021

  5. Amalkan penyediaan catatan setiap mesyuarat

17 Nov 2020


Urus Setia Pertubuhan Waris Kerabat telah mengadakan mesyuarat kali ke 2nya pada 7 Nov 2020 yang lalu bagi menilai progres perancangan persediaan Mesyuarat Agung Kali Pertama Pertubuhan. Mesyuarat ini dijangka akan diadakan di Hotel Riverside Tun Fatimah, Melaka pada 28 Nov 2020.


Agenda mesyuarat ialah untuk melantik Ahli Jawatankuasa Pengerusan, menerima dan meluluskan Perlembagaan dan meluluskan pembukaan akaun Pertubuhan. Perancangan mengadakan mesyuarat walau terpaksa ditangguh kan atas sebab perlanjutan tarikh PKPB sehinga ke 6 Dis 2020.


Dengan mengambilkira kemungikinan-mekmungkinan perlanjutan tarikh PKPB selanjutnya dan kesibukan pada bulan Janurari tahun baru, maka tarikh mesyuarat dicadangkan pada 6 Feb 2021 (Sabtu). Bersesuaian dengan pindaan ini maka tarikh penyampaian Watikah Pengerusi Lembaga Adat-Istiada Kebangsaan, Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan dan Ahli Lembaga Waris Amanah ke 7 akan diadakan pada 7 Feb 2021 (Ahad).


Keutamaan jemputan menghadiri mesyarat adalah dalam kalangan ahli biasa dan ahli anak angkat (yang dibesar dan dididik dalam keluarga ADMAR). Ahli-ahli ini berhak untuk mengundi dan membuat persetujuan meminda perlembagaan dan pengurusan kewangan pertubuhan. Kehadiran Ahli-ahli Kehormat hanyalah pada kadar pemerhati dan memberi nasihat.


Jadual Tindakan mengendali Mesyuarat Agung akan disemak dan dipinda bersesuaian dengan tarikh baru mesyuarat.


2 Nov 2020



Lembaga Adat Istiadat Kebangsaan (LAIK) 2020-2022 telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada 24 Okt 2020 melalui sidang video bagi melantik ahli jawatankuasa nya. Kenyataan lantikan telah dimaklumkan melalui surat pekeliling adat SPA Bil 9/2020 bertarikh 25 Okt 2020 (rujuk laman (page) Surat Pekeliling Adat). Mesyuarat yang telah diadakan turut mengukuhkan struktur pengurusan adat dengan mengekalkan pimpinan biro Majlis Perlimau Kebangsaan Tuan Haji Mohd Sani Morni, dan Biro Sandang En Md Ezhar Abas sebagai pengerusi biro-biro berkaitan.


Atas tujuan yang sama, En Rosman Sukim telah dilantik sebagai pengerusi biro Program dan Penerangan. Setiausaha LAIK, En Muhamad Akramin Zikri Ali memaklumkan bahawa En Fadzril Abdullah, En Ahmad Omar Faizul Mohamad, En Razani Hassani dan En Zainal Abidin Atan pula dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Urustadbir LAIK. Pegawai-pegawai yang dilantik ini adalah mewakili zon negeri-negeri Utara, Tengah, Timur dan Selatan. Pendekatan menggunakan wakil zon dalam Jawatankuasa Urustadbir dijangka akan dapat meningkat keberkesanan dan kecekapan pengendalian LAIK


Headline 1
bottom of page