top of page

PENUBUHAN MAJLIS SETIAUSAHA SILAT SENI GAYONG MALAYSIA

23 Nov 2020


ALWA (Tadbir) iaitu sebuah urus setia yang wujudkan oleh Waris Zuriat melalui surat 20 Sep 2020 bagi tujuan antaranya ialah untuk mengawal dan menyelia badan-badan organisasi atau institusi Silat Seni Gayong Malaysia supaya dikendalikan berlandaskan kepada urus tadbir yang baik (good governance) untuk mencapai misi dan visi membangunkan manusia melalui pengajaran Silat Seni Gayong, telah mewujudkan sebuah badan yang namakan sebagai Majlis Setiausaha-Setiausaha Silat Seni Gayong Malaysia.


Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 8 Nov 2020 melalui sidang video. Angoota Majlis ini ialah SUA PSSGM, SU MGK, SU LAIK, SU YKGM dan SU MWK. Melalui sidang itu dimaklumkan bahawa, walaupun Waris Amanah (Zuriat) adalah kemuncak (apex) kepada pengurusan Silat Seni Gayong Malaysia bagi menyatukan (converge) semua gerak dan langkah namun ianya lebih mudah dicapai jika ia berlandaskan kepada sebuah Grand Design.


ALWA (Tadbir) percaya bahawa pembinaan Grand Design ini akan lebih pantas dicapai jika foundation pengurusan dapat dimantapkan melalui amalan urus tadbir yang baik. Untuk itu pengetahuan dan kemahiran hendaklah dibangunkan dalam kalangan personel yang mengendalikan operasi sesebuah organisasi atau institusi ALWA (Tadbir) menubuhkan Majlis ini bagi membuka ruang ahli membuat rujukan atau konsultasi, dan dalam masa yang sama mendapat bimbingan mengendalikan organisasi atau institusi masing-masing dengan penuh yakin. Untuk itu Majlis Setiausaha akan mengadakan sidang video pada setiap 2 bulan sekali. Walaupun begitu ahli-ahli majlis boleh merujuk untuk mendapat nasihat dan bantuan pada bila-bila masa.


Sebagai langkah persediaan pengurusan tahun 2021 semua setiausaha yang terbabit diminta usahakan supaya organisasi masing-masing dilengkapkan:


  1. Senarai ahli jawatankuasa

  2. Mengeluarkan surat lantikan, watikah dan sijil Aku Janji ahli jawatankuasa

  3. Mendyediakan Bajet perbelanjaan 2021

  4. Menyediakan Takwim Mesyuarat Pengurusan dan aktiviti 2021

  5. Amalkan penyediaan catatan setiap mesyuarat

Comments


bottom of page