top of page

APA BEZA JAWATAN TIMBALAN PENGERUSI DENGAN NAIB PENGERUSI

5 Jan 2020

Dalam hirarki susunan jawatan sesebuah struktur jawatankuasa, ramai yang tidak memahami perbezaan fungsi Timbalan (Deputy) dengan fungsi Naib (Vice). Memburukkan lagi keadaan ialah kesilapan ini juga terakam dalam dokumen Perlembagaan Pertubuhan/Persatuan. Kebanyakkannya membuat tafsiran bahawa jika sesebuah Pertubuhan itu berada pada peringkat kebangsaan maka jawatan selepas Pengerusi atau Yang Dipertua ialah Timbalan, dan jika pula jawatan itu pada peringkat negeri atau daerah ianya dinamakan sebagai Naib. Tidak kurang juga ada pihak yang mentafsirkannya bergantung kepada saiz organisasi. Jika organisasi kecil, jawatan itu dirujuk sebagai Naib, dan jika besar dirujuk sebagai Timbalan.

LBK ingin mengingatkan bahawa jawatan Timbalan ialah jawatan nombor dua dalam sesebuah organisasi. Seorang Timbalan akan mengambil alih secara menyeluruh untuk mengendali organisasi jika Pengerusi tidak dapat menjalankan tugas. Ini termasuk dalam mengendali mesyuarat. Namun begitu seorang Naib mempunyai fungsi (portfolio) khusus dalam sesebuah organisasi seperti Kewangan, Pembangunan, Pentadbiran dan lain-lain. Jawatan ini adalah jawatan hirarki nombor tiga, ke empat atau berapa sahaja yang ditetapkan oleh organisasi. Dengan tafsiran ini, jawatan kedua dalam organisasi walau pada peringkat mana atau besar mana sesebuah organisasi ia dirujuk sebagai Timbalan bukan Naib

Commentaires


bottom of page