top of page

APA PERLU AGENDA PERKARA BERBANGKIT DALAM SESUATU MESYUARAT

4 Dis 2019

Antara tujuan mesyuarat diadakan ialah untuk membuat penyeliaan (follow up dan follow through) kepada keputusan yang telah dibuat oleh mesyuarat terdahulu (sebelumnya). Dengan demikian segala isu atau perkara yang dikemukakan dalam mesyuarat yang memerlukan tindakan dapat diselesaikan atau sekurang-kurangnya menuju kejalan penyelesian, justeru membawa pengertian yang besar dan bermakna kewujudan sesebuah jawatankuasa dan kelangsungan organisasi. Kebiasaannya agenda perkara berbangkit, merupakan medan dimana ahli mesyuarat yang telah diberi tanggungjawab oleh mesyuarat untuk bertindak melaporkan tindakan atau perkembangan (progress) tindakan yang telah diambil.

Sekiranya ahli berkenaan tidak dapat memberi maklumat (atas sebab tidak hadir) atau gagal mengambil tindakan, perkara berkaitan akan dibawa ke mesyuarat yang akan datang. Jika pula perkara yang dilaporkan bersifat progress report, maka perkara berkaitan juga dibawa ke mesyuarat akan datang bagi menjelaskan status tindakan (perkembangan) yang telah diambil selanjutnya. Langkah ini berterusan sehinggalah isu yang menjadi ikutan tamat. Sesuatu mesyuarat harus mengutamakan agenda perkara berbangkit ini, kerana ia merupakan asas keberkesanan fungsi jawatnkuasa.


Di dalam sesebuah minit mesyuarat, indikator yang menunjukkan paragraph catatan perkara berbangkit ialah ia bersifat persoalan apakah tindakan selanjutnya untuk menyelesaikan isu atau perkara yang dibincangkan, dan kebiasaannya dicatatkan juga siapakah yang bertanggungjawab untuk bertindak. Paragraph yang bersifat makluman tidak termasuk dalam kelompok ini, justeru tidak perlu dibincangkan. Paragraph ini lazimnya ditulis - Mesyuarat mengambil maklum bahawa

bottom of page