top of page

BERITA

11 Okt 2021



Persidangan ALWA Ke 8 mengingat dan menegaskan supaya sebarang mesyuarat atau persidangan hendaklah mengikut serta patuh kepada aturan lazim. Tindakan ini adalah bertujuan bagi memastikan supaya sesuatu forum yang dianjurkan menepati objektif dan fungsinya. Hendaklah forum tersebut mempunyai agenda berikut:


  • Ucapan aluan pengerusi

  • Membentang dan meluluskan minit

  • Perkara berbangkit

  • Pembentangan laporan

  • Pembentangan usul

  • Hal-hal lain

Selepas sesebuah persidngan atau mesyuarat dfiadakan, maka hendaklah tindakikut diambil dengan didahului menyegerakan persediaan dan edaran minit berkaitan di samping mengeluarkan surat-surat arahan dan peringatan. Apabila mengadakan persidangan atau mesyuarat berikutnya, maka hendaklah mendapatkan laporan daripada pihak-pihak yang telah diberi arahan untuk mengambil tindakan pada mesyuarat yang telah diadakan supaya dapat dibentangkan dalam agenda Perkara berbangkit atau Pembentangan laporan.


1 Okt 2021


Pada hari ini terdapat 7 buah Pertubuhan Silat Gayong yang berdaftar kepada ROS. Dengan pendaftaran yang berbeza, maka masing-masing mempunyai jawatankuasa pengurusannya tersendiri. Anehnya semua pertubuhan ini meletakkan Dato’ Meor Abdul Rahman sebagai mahaguru, mengamalkan acara Perlimau Adat yang sama bagi menerima murid baru, mempunyai bentuk dan ciri langkah silat serta berbusana yang sama.


Rata-ratanya perpisahan ini berlaku kerana perbezaan pendapat dalam kalangan gurulatih dan tidak kurang juga kerana kelemahan pentadbiran serta pimpinan yang tidak peka kepada kehendak ahli dan murid. Ramai yang berpendapat kenapa tidak pertubuhan-pertubuhan ini bersatu. Pendapat ini bukan sahaja datangnya dari dalam kalangan masyarakat Silat Gayong tetapi juga masyarakat umum.


Ironinya jika penggabungan berlaku, maka timbul isu siapa mengatasi siapa. Ini menimbulkan persoalan pembatalan pertubuhan-pertubuhan yang kemudiannya langkah ini perlu menjawap persoalan antaranya pengguguran jawatan pentadbiran pertubuhan, penarikan sandang jawatan dan penyelarasan pelajaran. Persoalan ini adalah halangan yang besar yang menyebabkan penggabungan tidak berlaku sehingga ke hari ini.


Justeru langkah yang terbaik ialah mewujudkan satu sistem yang tidak memerlukan pembubaran atau pembatalan mana-mana pertubuhan. Pertubuhan-pertubuhan kekal dengan amalan dan pengurusan yang ada, namun penyatuan tetap berlaku. Kesatuan ini berlaku dari aspek kerjasama, sokong menyokong dan hormat menghormati antara pertubuhan. Langkah ini akan memutik dan berkembang melahirkan organisasi Silat Seni Gayong sebagai organisasi silat yang dorminan dalam negara.


Headline 1
bottom of page