top of page

KUASA AHLI MAJLIS JAWATANKUASA AGONG (AMJA) TERHAD KEPADA HAL-HAL PERTUBUHAN

26 Okt 2019


Terdapat salah faham berhubung dengan bidangkuasa AMJA keatas aktiviti yang dianjurkan oleh Lembaga Beradat Kebangsaan. Harus disedari bahawa Lembaga Beradat Kebangsaan adalah entiti tersendiri dan mempunyai kuasa pengurusan tersendiri. Kewujudannya dalam Perlembagaan hanyalah pada tahap untuk mengiktiraf ianya sebagai salah sebuah entiti yang diperaku sepertimana Majlis Gurulatih dan juga Lembaga Waris Amanah. Pengikitirafan ini akan melancarkannya mengendali aktiviti-aktiviti bersesuaian dengan undang-undang negara bersabit dengan aktiviti sosial dan kemasyarakatan.


Dalam bidang pengurusan Pertubuhan, AMJA mempunyai bidangkuasa yang hanya dalam bidang urus tadbir dalam ruang lingkup perlembagaan khususnya hal-hal yang berkaitan dengan murid-murid Silat Seni Gayong yang menjadi ahli (mengisi borang dan membayar yuran keahlian) kepada Pertubuhan. Urusannya adalah mengenai pendaftaran ahli, pendaftaran daerah/cawangan dan pendaftaran negeri. Kegiatan yang dianjurkan adalah terbatas untuk menggalak dan meningkatkan bilangan murid Silat Seni Gayong mendaftar menjadi ahli. Tempoh mentadbir hanyalah ialah 2 tahun. Pimpinan dan pemegang jawatan diundi. Justeru sumbangan pengembangan dan pembangunan amat terbatas.


Urusan kegiatan yang melibatkan murid Silat Seni Gayong adalah dibawah urusan adat. Ini termasuklah kegiatan latihan silat, menerima bengkung, menerima sandang dan kegiatan-kegiatan yang berkaitan. Justeru apa sahaja aktiviti yang dianjurkan oleh Lembaga Beradat Kebangsaan diperlukan hanyalah pada kadar memaklumkan akan aktivfitinya kepada Pentadbiran (SUA). Jika kita menelusuri apa yang diamalkan apabila seseorang itu melibatkan diri dalam kegiatan Silat Seni Gayong, lazimnya seseorang itu menjadi murid dan kemudian baru menjadi ahli Pertubuhan. Ini menunjukkan bahawa keperluan adat perlu dipenuhi terlebih dahulu, dan kemudian baru menjadi ahli, itu pun jika seseorang murid itu memilih untuk menjadi ahli. Dengan demikian adalah tidak wajar Lembaga Beradat mengambil tapak kepada Pentadbiran untuk menjalankan aktivit-aktivitinya.


Ahli-ahli AMJA, terutamanya dalam kalangan pimpinan muda, diseru supaya lebih bijak dalam mengendali isu dan memberi sokongan kepada isu yang dibangkitkan. Get your facts right and complete sebelum mengangkat tangkat tangan atau sebaliknya.

bottom of page