top of page

LAMAN WEB GAYONGADAT.COM RANCAK MENYEBARKAN MAKLUMAT

27 Okt 2019


Semenjak laman web www.gayongadat.com dibangunkan dari bulan Sept 2019, ia telah dapat menawan pembaca-pembaca dalam kalangan murid dan gurulatih Silat Seni Gayong Malaysia. Kandungannya penuh dengan berita-berita terkini mengenai isu-isu yang bersangkutan dengan adat dan makumat-maklumat dasar untuk panduan kepada semua pihak yang berkepentingan.


Berikutan dari kelemahan laman web sedia ada yang tidak diselenggarakan mengikut keperluan yang dinyatakan, maka Lembaga Beradat Kebangsaan telah mengambil inisiatif untuk membangunkan laman web sendiri. Laman web ini diwujudkan bagi meningkatkan kelancaran pengurusan adat. Ia adalah hal pentadbiran bukan perkara dasar pengurusan adat. Justeru adalah aneh jika hal perkara-perkara pentadibran dirujuk kepada persidangan Lembaga Waris Amanah. Memadailah perkara ini dipertimbangkan pada peringkat pengurusan Lembaga Beradat Kebangsaan. Pada mesyuarat kali ke 6 LBK, bertarikh 12 Oktober 2019 dipersetujui laman web www.gayongadat.com dilancarkan. Pihak urus setia LBK telah mengaturkan majlis pelancarannya pada 21 Disember 2019 di hotel KLIH, Kuala Lumpur.

bottom of page