top of page

MENGENDALI SESUATU AKTIVITI MESTI DENGAN TERTIBNYA

18 Nov 2019


Mengendali sesuatu aktiviti atau program, walaupun sebuah mesyuarat, ia perlu dilaksanakan mengikut tertibnya. Jika tidak, ia akan mengundang isu dan tomahan, dan dalam masa yang sama terdedah juga kepada melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya (unnecessary mistakes). Sesuatu perkara yang dilakukan dengan tergesa-gesa lazimnya banyak perkara terlepas pandang terjadi. Dalam zaman kemudahan komunikasi berada dihujung jari hari ini, maklumat sama ada yang betul atau yang tersilap amat cepat tersebar. Memburukkan keadaan lagi maklumat tersebar dengan berlakukannya olahan tokok tambah dan asam garam bagi menyedapkan ceritanya. Akhirnya andaian-andaian dilakukan berdasarkan kepada maklumat yang kurangpasti kebenaran dan kesahihannya. Justeru berlakulah konflik, pergeseran, salah faham dan pelbagai lagi. Lebih menyedihkan terjadinya keputusan dan hukuman atas orang-orang tertentu dan akhirnya berlakunya perpecahan.


Lembaga Beradat Kebangsaan berpandangan, dalam mengendali sebarang aktiviti ia perlu melalui due process (tertib). Pengelola mungkin tidak dapat mengawal insiden tersebar maklumat, tetapi Penganjur boleh mengawal sebaran maklumat yang betul. Caranya sesuatu aktiviti itu melalui tahap:

  • Kertas Kerja

  • Keputusan Dasar (oleh Jawatankuasa Kebangsaan/Negeri/Daerah)

  • Penubuhan JK Pengelola

  • Laksana

Dokumen kertas kerja mempunyai maklumat yang boleh menjelaskan perkara sebenar mengenai sesuatu aktiviti yang akan dianjurkan. Sesiapa sahaja yang membacanya tidak akan membuat andaian yang tersilap (atau mengurangkan andaian yang tersilap). Sesebuah kertas kerja hanya harus menjawap soalan-soalan berikut: Tajuk, Penyedia kertas kerja, Tujuan kertas, Matlamat aktiviti, Objektif aktiviti, Latar belakang (apa yang sedang berlaku), Asas pertimbangan (rasional), Cadangan dan Kesimpulan (penutup). Pada tajuk Cadangan hendaklah menjelaskan:

  • Tarikh

  • Tempat

  • Kumpulan sasaran

  • Jadual/Atur cara

  • Jawatankuasa (Jawatankuasa Kerja dan skop tugas)

  • Bajet (anggaran belanja dan sumber)


bottom of page