top of page

MESYUARAT LEMBAGA PENASIHAT WARIS ZURIAT DANAHLI-AHLI KEHORMAT WARIS KERABAT

27 Sep 2023


Pada 2 Sep 2023 Lembaga Penasihat Waris Zuriat dan Ahli-Ahli Kehormat Waris Kerabat ADMAR telah mengadakan siri Mesyuarat P)engurusan Pertamanya di Pusat Sains Negara Kuala Lumpur. Ketetapan-0ketetapatan yang telah dibuat adalah seperti berikut. Beberapa surat pekeliling dasar telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR Malaysia untuk dijadikan makluman, panduan dan rujukan pihak-pihak yang berkaitan:


1. Dimaklumkan bahawa Sidang ALWA yang dijadual pada hari ini telah dibatalkan kerana sidang ini tidak menjadi prioriti Waris Amanah buat sementara ini. Hj Mohd Anuar diminta untuk menumpukan pengurusan kepada hal-hal Adat dalam pelaksanaan Waris Kerabat (PWK ADMAR Malaysia). Dengan perkembangan ini sidang yang dijadualkan diganti dengan Mesyuarat Lembaga Penasihat Waris Zuriat dan Ahli-Ahli Kehormat Waris Kerabat ADMAR Malaysia


2. Hajah Fadzilah selaku Waris Mutlak Silat Seni Gayong meminta supaya Haji Mohd Anuar tidak lagi menguruskan hal pentadbiran ALWA memandangkan kerja yang dikendalikan disalahtafsir menyaingi dan bukan pelengkap bagi memantapkan pengurusan Silat Seni Gayong Malaysia. Salah tafsir ini telah memperlihat PSSGM bertindak bertentangan dan tidak menghormati peranan Waris Amanah dalam organisasi Silat Seni Gayong Malaysia.


Walaupun begitu Hj Mohd Anuar diminta kekal sebagai ALWA sehingga tamat tempoh lantikan (Disember 2024). Surat pemakluman berhubung dengan perubahan ini hendaklah dikeluarkan supaya dapat dijadikan rujukan jika berlaku konflik pentadbiran kemudiannya.


3. Sepertimana acara yang telah diadakan pada 4 Mac 2023 (Penyampaian Watikah Pengerusi MGK dan LAIK, dan Penyampaian Bengkung Gurulatih PSSGM WPKL), PSSGM telah mengeluarkan notis melarang pula ahlinya menghadiri acara pada 2 Sep 2023 (Perhimpunan Khalifah Besar dan HPCS) anjuran Waris Amanah kelolaan PWK ADMAR Malaysia).


4. Dengan ini mesyuarat menetapkan supaya surat pemakluman dikeluarkan bagi menyatakan rasa tersinggung Waris Zuriat/Waris Amanah akan tindakan yang telah diambil oleh PSSGM. Surat tersebut hendaklah juga menyatakan halangan pihak PSSGM menyandangkan mana-mana orang sehingga diberitahu kelak bermula dari 4 Mac 2023.


Implikasi penarikan sokongan kepada Silat Seni Gayong Malaysia, boleh memberi kesan kepada gugur kuasa sandang oleh penerima sedia ada di samping runtuhnya sistem adat-istiadat dan pelajaran, kerana Waris Amanah adalah pemegang kuasa adat-istiadat dan pelajaran, iaitu proksi kepada Waris Mutlak sebagai pemiliknya. Jika tiada Waris Amanah dalam sesuatu organisasi, maka tiada pendokong adat-istiadfat dan pelajaran dalam organaisasi tersebut.


5. Mesyuarat dimaklumkan bahawa pihak PWK telah mendaftar harta intelek ADMAR pada 26 Julai dan 10 Ogos 2023. Perkara-perkara yang didaftarkan ialah nama/gelaran ADMAR, Sejarah, Adat dan Pelajaran Silat Seni Gayong. Sijil-sijil pendaftaran berkenaan telah diterima dari MyIPO. Pendaftaran adalah dibawah seksyen 26B Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332).


6. PWK hendaklah melantik seorang pengamal undang-undang yang bertauliah bagi mewakili PWK jika berlakunya perlanggaran hak cipta ADMAR oleh mana-mana pihak. Sebaiknya pegawai yang dilantik hendaklah atas penglibatan sukarela dalam kalangan murid Silat Seni Gayong.


7. PWK akan mengadakan Mesyuarat Agong Kali Ke 2 pada 29 Okt 2023 di Hotel Tun Fatimah Melaka. Bersempena dengan mesyuarat ini pihak berkenaan akan mengadakan Mesyuarat Lembaga Penasihat Waris Zuriat SSG dan Ahli-ahli Waris Kehormat admar pada 28 Okt 2023 di tempat yang sama.

bottom of page