top of page

MESYUARAT PENGURUSAN AHLI KEHORMAT WARIS KERABAT KALI KE-2

6 Jan 2024



Mesyuarat yang telah diadakan pada 28 Okt di Hotel Tun Fatimah Melaka menetapkan perkara-perkara berikut.  Ketetapan ini akan dibawa kepada Waris Mutlak melalui Pertubuhan Waris Kerabat untuk mendapat sokongan pelaksanaan:

 

  • AKWK perlu dikendalikan secara formal supaya peranannya sebagai institusi membantu PWK akan lebih teratur dan formal sifatnya. Segala dasar yang disarankan bagi memperkemaskan pelaksanaan Silat Seni Gayong akan disalurkan kepada PWK untuk tindakan disebarkan sebagai surat pekeliling dasar.

  • Sebaiknya dilantik salah seorang dari ahli menjadi pengerusi tetap di samping sebuah urus setia bagi mengendali pelaksanaan AKWK sebagai badan yang benar-benar dapat menyumbang secara efektif dan bermakna kepada PWK.  Hendaklah badan ini mengadakan mesyuarat pengurusan 1-2 kali setahun.

  • Waris Mutlak telah menubuhkan sebuah Lembaga Penasihat (LPWM) untuk mendapat pandangan pada setiap kali keputusan dasar akan dibuat.  Lembaga ini melapor kepada Waris Mutlak, manakala AKWK melapor kepada PWK.

  • Buku Gayong Patuh Syariah sebaiknya hendaklah mendapat pengiktirafan pihak berkuasa yang berkaitan di samping Waris Kerabat.

  • Dato Pahlawan Mohd Razif Hj Idris diterima sebagai Ahli Kehormat Waris Kerabat.  Diterima juga pandangan supaya mereka yang telah berjasa kepada Silat Seni Gayong yang lain boleh dicalonkan untuk dipertimbangkan.

  • Dato’ Hj Zainal Abidin Hj Sakom dilantik sebagai Pengerusi AKWK dengan dibantu oleh HJ Mohd Anuar Hj Abdul Hamid sebagai urus setia badan berkenaan

  • Harta intelek ADMAR telah pun didaftar kepada MyIPO.  Pemakluman kepada masyarakat umum dan masyarakat Silat Seni Gayong telahpun dilaksanakan melalui Surat Pekeliling Waris Kerabat dan web gayongadat.com.  Dengan pendaftaran ini, pihak PWK boleh mengadu kepada Jabatan-jabatan berkaitan jika berlaku penggunaan harta intelek tanpa kebenarannya.

  • Mesyuarat menerima dan bersetuju dengan usul berikut.  Tindakan hendaklah dirancang dan diambil untuk melaksanakan perkara-perkara yang dicadangkan.



bottom of page