top of page

PENGERUSI LBK & PENGERUSI MAJLIS GURULATIH KEBANGSAAN TAMAT PERKHIDMATAN PADA 31 DISEMBER 2019

19 Nov 2019


Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan dan Majlis Gurulatih Kebangsaan akan tamat perkhidmatan masing-masing pada 31 Dis 2019. Berikutan dengan itu, Lembaga Waris Amanah (2020-2025) bertanggungjawab untuk mencalonkan Pengerusi baru bagi jawatan-jawatan yang dikosongkan untuk penggal pentadbiran (5 tahun) berikutnya bagi mendapat pandangan dan kelulusan Waris Mutlak dalam persidangan pertamanya. Jika dipersetujui, maka akan ditunjuk oleh Waris Mutlak untuk menjawat jawatan berkenaan oleh calon-calon tersebut. Dijangka jawatan ini dapat diisi dalam bulan Januari 2020 supaya kedua-dua badan ini akan terus berfungsi tanpa gangguan.


Adalah diharapkan agar pengerusi-pengerusi baru ini akan menyambung urusan yang telah dibina, dan membaiki kelemahan-kelamahan yang dikesan. Mereka mesti bersikap action orientated dan tidak sekadar tunggu dan lihat apa yang sedang berlaku. Kecekapan perlu dipertingkatkan dalam semua aspek pengurusan. Semua kegiatan yang dinajurkan diharapkan berasas kepada halatuju yang jelas. Wawasan, misi dan strategi harus sambut menyambut dan sokong menyokong. Ketiga-tiga elemen ini tidak boleh berdiri sendiri, malahan ia turut juga mesti difahami oleh pentadbiran PSSGM. Untuk Silat Seni Gayong Malaysia bergerak dengan kukuh dan pantas, Lembaga Beradat Kebangsaan, Majlis Gurulatih dan PSSGM tidak boleh mengendali urusan tanpa memahami hirarki dan birokrasi organisasi dan batasan-batasan bidangkuasa masing-masing.

bottom of page