top of page

PERSEDIAAN ANAK BANGSA MENGHADAPI CABARAN

8 Julai 2021



Krisis ancaman kepada bangsa, agama dan negara hari ini amat mencabar. Kenyataan-kenyataan terbuka dalam media sosial mencerca bangsa dan agama, menafikan bangsa akan haknya dalam Perlembagaan Negara, negara Israel menyenaraikan Malaysia sebagai negara musuh, pencerobohan ruang udara negara oleh tentera negara China dan sebagainya perlukan tindakan persediaan dengan segera. Anak bangsa perlu diberi kesedaran, dan dibangunkan supaya sedia tempur pada bila-bila masa apabila terserempak dengan ancaman.


Disarankan supaya dibangunkan silibus khas (tambahan) dalam latihan yang dianjurkan di semua gelanggang supaya anak-anak Silat Seni Gayong menjadi lasak, berani dan menguasai kemahiran tempur seawal yang mungkin. Aktiviti serangan bebas hendaklah diperkasakan. Sebuah silibus yang mengandungi pelajaran gerakan yang berupaya melumpuhkan (neutralise) lawan secara pantas hendaklah dibangunkan.

bottom of page