top of page

PERSEMBAHAN SILAT GAYONG MALAYSIA DALAM YOUTUBE

19 Feb 2020



Kebelakangan ini banyak terdapat makin banyak persembahan Silat Seni Gayong Malaysia dalam Youtube. Ini adalah inisiatif yang baik oleh para gurulatih dalam mempromosikan Silat Seni Gayong Malaysia kepada masyarakat umum, justeru menarik lebih ramai lagi anggota masyarakat untuk menyertai latihan.


Namun begitu, mereka yang terlibat mahupun yang akan terlibat hendaklah berhati-hati dan mengambil berat tentang kualiti persembahan masing-masing kerana terdapat persembahan dan aksi yang dilakukan tidak kemas. Perlu diingat bahawa kandungan aksi silat dalam Youtube sama ada sebagai bahan persembahan atau pengajaran juga dilakukan oleh perguruan-perguruan lain baik dari dalam negara mahupun luar negara. Tidak dapat tidak unsur perbandingan akan berlaku.


Terdapat juga beberapa persembahan yang diatur oleh gurulatih di Youtube bersifat mengajar buah kunci atau buah tapak secara lengkap. Barang diingat bahawa jangan nanti perkara yang rahsia terlepas kepada orang lain, biarlah ilmu itu diperolehi apabila mereka bergelar murid untuk memperolehi ilmu Silat Seni Gayong. Jika sesuatu gerak itu dijadikan sebagai bahan persembahan, maka hendaklah diaturkan supaya ia bersifat teaser atau berbentuk mengumpan untuk belajar. Allahyarham Dato’ Meor dahulu ada mengajar bangsa asing. Pelajarnnya terbatas kepada buah pukulan atau kombat, tetapi tidak tidak buah kunci.

bottom of page