top of page

SEMINAR MENYUSURI PERJALANAN SILAT SENI GAYONG ABAD KE-21

5 Okt 2022


Pada 1 Okt 2022 telah berlangsung 'Seminar Menyusuri Perjalanan Silat Seni Gayong Abad ke-21' pada hari Sabtu yang lalu, bertempat di Auditorioum Ibnu Sina, Pusat Sains Negara. Seminar bermula pada jam 2 petang sehingga 5 petang.


Seminar tersebut telah disampaikan oleh ahli-ahli panel yang berpengalaman iaitu Cikgu Haji Anuar Abdul Hamid, Tan Sri Datuk Haji Zainal Dahlan dan dua orang wakil anak murid Cikgu Sulaiman Sharif iaitu Cikgu Izzi Sulaiman dan Prof Dr Abdul Larif yang merupakan anak murid Cikgu Sulaiman. Tidak dilupakan juga Cijgu Dr Ar. Jamaluddin bin Haji Muhammad selaku moderator seminar tersebut.


Banyak perkongsian tentang perkembangan Silat Seni Gayong dari dalam dan luar negara, Semoga usaha ini dapat menggerakkan lagi hubungan silaturrahim serta mencapai visi dan misi seminar.


VISI : Melahirkan Insan Berakhlak Mulia

MISI: Membawa Rahmat kepada Alam

bottom of page