top of page

SILAT SENI GAYONG ADALAH ANTARA WADAH MEMBENTUK MANUSIA BERAKHLAK MULIA

30 Jan 2021


Logo atau perlambangan Silat Seni Gayong jelas menggambarkan akan halatuju akhirnya yang ramai tidak memberi cakna atau peduli. Dengan sebab itu ramai yang belajar silat ini meletakkan tujuannya hanya pada batas mempelajari silat sahaja, tetapi tidak melihat dari aspek mencapai dan mengamalkan keperibadian yang mulia, iaitu seorang muslim yang sejati. Perkara ini jelas dilambangkan oleh 2 figura di dalam logo, iaitu pedang Zulfikar dan bulan-bintang.


Dua figura ini, mengaitkan Silat Seni Gayong dengan ajaran dan tuntutan agama Islam. Pedang Zulfikar membawa pengertia seorang pendekar Gayong harus mewarisi sifat pendekar dan pemimpin agung Saidina Ali Abi Thalib (Khalifat Ke 4), manakala figura bulan-bintang di atas kemuncak bumi adalah melambangkan segala ajaran silat yang disampaikan berperinsipkan kepada ajaran yang dibawa oleh Rasulallah SAW. Tugas Rasulallah SAW ditugaskan untuk menyempurnakan akhlak mulia kepada umat manusia.

bottom of page