top of page

TOK MAIL MEMBUKA LANGKAH

23 Sep 2020



Cgu Ismail Jantan (Tok Mail) bersedia untuk memantapkan modul latihan bagi Pasukan FRU. Modul sedia ada sedang digunakan untuk latihan pasukan di Cawangan Latihan FRU JB. Namun katanya modul ini akan dilihat semula dalam masa terdekat bagi tujuan latihan kepada tenaga pengajar pusat latihan FRU seluruh negara.


Dalam masa yang sama juga Majlis Gurulatih Kebangsaan bawah pimpinan Tok Mail akan mengambil inisiatif untuk membina modul bagi pasukan Pertahanan Awam atas khabar yang diterima bahawa YAM Dato’ Sri Kamarul Zaman Al Haj ibni Almarhum Sir Sultan Abu Bakar Al Haj yang berhasrat untuk memperkenalkan latihan Silat Seni Gayong Malaysia kepada anggota pasukan ini.


Beberapa orang guru kanan telah dikenalpasti untuk dilibatkan dalam bengkel pertama yang dijadualkan pada bulan Oktober 2020. Kata Tok Mail lagi perancangan tidak terhenti kepada memantapkan modul sahaja tetapi juga merangka latihan-latihan kepada gurulatih yang akan mengendali latihan. Latihan gurulatih dijadualkan pada awal tahun 2021. Modul latihan kepada anggota ATM dan PDRM turut dalam pertimbangan untuk dimantapkan sebagai persediaan menerima permintaan selanjutnya kelak. Silat Seni Gayong. Anggota kedua-dua pasukan ini pernah didedahkan dengan latihan Silat Seni Gayong pada zaman silat ini diterajui oleh Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman.


bottom of page