top of page

WUJUDKAN MANUSKRIP TATACARA & PANDUAN BAGI MENENTUKAN KELESTARIAN ILMU & PIAWAIAN PENGURUSAN

18 Jan 2021


Rasulullah SAW apabila setiap kali menerima wahyu dari Allah SBT yang diturunkan melalui perantaraan Jibrail telah meminta supaya para sahabat menulis dan kemudian nya menyemak (bacaan) semula penulisan tersebut. Para ulama berpendapat keseluruhan penulisan manuskrip ini dilakukan semasa hayat Rasulullah SAW Manuskrip asal disimpan oleh baginda, para sahabat dan isteri secara berpisah-pisah.


Apabila baginda wafat, Saidina Abu Bakar RA, Khalifah pertama bersetuju untuk mengumpul dan menjilid Al Quran atas pandangan Saidina Uthman Al Khattab (Khalifah ke dua) pada tahun 12 hijrah selepas peperangan al-Yamamah. Di dalam peperangan ini seramai 500-700 orang para huffaz syahid. Atas kebimbingan lebih ramai lagi para huffaz gugur di dalam peperangan, Saidina Uthman telah mendesak Saidina Abu Bakar untuk mengusahakan penulisan dan penjilidan Al Quran. Asas kebimbingan ini, ialah kekhuatiran segala pengajaran dan ilmu yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW akan hilang atau berlakunya kehakisan kandungan, dan akhirnya menyebabkan ajaran agama Islam tidak menepati kehendak asalnya.


Justeru, mewujudkan manuskrip ilmu ini adalah fitrah yang perlu diteruskan untuk memastikan kelestriannya sepertimana asal, dan untuk dijadikan asas pertimbangan mengembangkan dan meningkatkanya kemudian. Selagi guru-guru lama masih ada, maka usaha hendaklah dilakukan untuk mewujudkan manuskrip Silat Seni Gayong yang lebih teratur, kemas dan lengkap supaya dapat diwarisi dengan mengekalkan ilmu dan format asalnya. Masih ada lagi guru-guru yang bertaraf sahabat kepada Dato’ Meor Abdul Rahman kerana mereka berguru langsung dan hidup sezaman dengannya. Bidang yang perlu diberi tumpuan ialah pelajaran dan adat-istiadat. Mewujdukan manuskrip pengurusan hanyalah pada kadar meningkatkan kecekapan dan keberkesanan mengembang dan memperluaskan ilmu bersesuaian dengan visi dan misinya sebagai sokongan membentuk akhlak manusia yang sempurna untuk membawa rahmat kepada alam ini.

bottom of page