top of page

BERITA

22 Jan 2020


Sedar atau tidak sesebuah gelanggang (terutamanya sekolah) mempunyai rutin aktiviti yang sama hamper setiap tahun. Cuma perubahan berlaku apabila penyesuaian dibuat kerana perubahan tarikh bulan puasa. Dengan demikian gurulatih seharusnya boleh membangunkan perancangan mengajar dan mengatur aktiviti asas masing-masing berpandukan rutin tahunan berpandukan tahun terdahulu. Mengadakan takwim dan mempersembahkannya kepada pihak pengurusan dan ibu bapa akan mengangkat kewibawaan gurulatih khususnya dan amnya organisasi Silat Seni Gayong Malaysia. Contoh jadual yang boleh disediakan adalah seperti berikut:


ree

21 Jan 2020

Lembaga Beradat Negeri (LBN) diminta untuk mengadakan Kursus Adat kepada semua gurulatih. Tujuan kursus ini adalah untuk melengkapkan gurulatih dengan pengetahuan asas mengenai perkara-perkara berikut bagi memudahkan mereka berperanan sebagai gurulatih yang berpengetahuan dan berwibawa untuk mengendali gelanggangnya. Tuntutan ini telah dimaklumkan melalui Surat Pekeliling Adat Bil 3/2019 bertarik 15 Juali 2019 – Kursus Adat Gurulatihh:


  • Struktur dan fungsi badan adat

  • Kod pakaian (dress code)

  • Sistem dan fungsi sandang

  • Acara-acara adat

  • Adat dan adab gelanggang dan majlis

Lembaga Beradat Kebangsaan (LBK) telah membangunkan sebuah modul untuk tujuan ini. Para peserta kursus perlu mengikuti kursus ini yang dilaksanakan dalam tempuh 5 ½ jam. Mereka yang mnegikuti kursus mengguna modul yang dibangunkan akan diiktiraf dengan sijil penyertaan yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga (pusat). Untuk memperbaharui Sijil Gurulatih, para gurulatih diminta untuk membekalkan sesalinan sijil tersebut bersama dengan borang permohonan selain dari sijil bengkong.


LBN boleh memperolehi modul dari LBK untuk tujuan penganjuran kursus, dan Pegawai Adat Negeri yang telah menyertai kursus pada peringkat pusat diminta menjadi penyelaras dan tenaga pengajar utama. Sijil kursus akan ditangan oleh Pegawai Kanan Adat pada peringkat pusat dan Pegawai Adat Negeri yang berkaitan.

20 Jan 2020

Semua Badan Adat Negeri (BAN) sewajarnya sudah mengadakan mesyuarat perancangan masing-masing bagi menentukan supaya bidang adat dan semua badan pengurusan dan gurulatih jelas akan halatuju Silat Seni Gayong negeri. Pihak pengurusan adat dan para gurulatih seharusnya mengetahui apakah yang sedang dirancang dan akan berlaku sepanjang tahun 2020. Dengan status ini maka setiap gelanggang akan lebih bersedia untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan sama ada pada peringkat negeri, daerah/cawangan mahupun gelanggang. Antara perkara yang boleh dimuatkan dalam perancangan ialah:


  • Mesyuarat-mesyuarat pengurusan

  • Kursus gurulatih (bidang adat)

  • Acara perlimau

  • Penyampaian sandang

  • Majlis tahlil dan doa selamat

  • Perayaan Hari Raya

  • Acara korban

  • Kutipan sumbangan dana adat

Aktiviti-aktiviti yang disenaraikan boleh dikategorikan sebagai one off atau bersifat pengisian pembangunan. Pelaksanaannya boleh digabungkan dengan anjuran bersama Majlis Gurulatih dan Pentadbiran.


BUANG SIKAP TUNGGU DAN LIHAT

SEMARAKKAN SIKAP SOKONG DAN PIMPIN

Headline 1
bottom of page