MAJLIS PENGANUGERAHAN SANDANG KSSKL
- 2 hours ago
- 1 min read
15 Ogos 2026
Putra Nilai Convention Hall
Kelab Silat Seni Keris Legasi (KSSKL) telah menganjurkan Majlis Penganugerahan Sandang KSSKL pada 15 Ogos 2026 bertempat di Putra Nilai Convention Hall, dengan kerjasama Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR (PWK ADMAR).
Majlis tersebut menyaksikan kira-kira 35 orang penerima menerima pelbagai kategori sandang kehormat, perjawatan dan kegurulatihan, antaranya Seri Pelangi, Seri Cahaya Pelangi, Seri Relang Pelangi, Seri Cula Pelangi, Panglima Amanah Sakti, Panglima Pelangi Hitam dan Mahkota Bintang Pelangi.
Majlis turut dihadiri tetamu kehormat utama, Yang Berbahagia Cikgu Siti Zubaidah Binti Hussin dan Cikgu Mufti Al-Ansari, selain barisan PWK ADMAR, tenaga pengajar, jurulatih, pesilat, ibu bapa serta para jemputan.
Antara pengisian majlis ialah nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Gayong, bacaan doa, ucapan, penyampaian sandang dan cenderamata, persembahan Silat Seni Gayong, sesi bergambar serta jamuan.
Penganugerahan ini merupakan tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada individu yang telah memberikan sumbangan dalam aspek kepimpinan, kegurulatihan, pembangunan pesilat dan perkembangan Silat Seni Gayong, khususnya melalui KSSKL.
