SILAT DIANGKAT DALAM PROGRAM GEOPARK GOMBAK DI BATU ARANG
31 Oktober 2026

Alhamdulillah, seni persilatan telah diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada Program Geopark Gombak yang berlangsung di Batu Arang. Penyertaan ini merupakan usaha mengetengahkan seni persilatan sebagai warisan sejarah dan budaya yang perlu dipelihara.
Program tersebut turut menyaksikan persembahan seni persilatan di hadapan dua orang wakil UNESCO yang hadir bagi menilai aktiviti dan potensi Geopark Gombak ke arah pengiktirafan UNESCO Global Geopark.
Peluang ini merupakan satu penghormatan bermakna dalam memperkenalkan warisan seni bela diri Melayu ke peringkat antarabangsa serta memastikan khazanah budaya ini terus diwarisi oleh generasi akan datang.
