top of page

GAYONG BERSATU TANDATANGAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN BERSAMA UNITED STATES SILAT SPORTS ASSOCIATION

10 Ogos 2022


PSGB, USSSA forge cooperation to expand silat at international level


Pada 24 Julai 2022 di Hotel Ideal Kuala Lumpur, Pertubuhan Gayong Bersatu Malaysia (PGBM) telah mengadakan majlis penyampaian sandang. Sandang-sandang yang disampaikan termasuk sandang berjawatan dan sandang kehormat. Dengan kepesatan perkembangan gelanggang di beberapa buah negeri di negara ini, pihak pengurusan Gayong Bersatu telah melantik gurulatih-gurulatih kanannya untuk memikul tanggungjawab mengawasi bidang adat-istiadat, pelajaran, pentadbiran dan kewangan melalui penyerahan sandang-sandang berjawatan bagi keperluan pada pelbagai peringkat.


Bagi mengukuhkan ikatan hubungan dengan United State Sports Silat Associatiuon (USSSA), Gayong Bersatu telah menandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pihak berkenaan dengan disaksikan oleh YBhg Hjh Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman dan anakanda Siti Zubaidah Hussin, , Waris Zuriat Silat Seni Gayong, dan Timbalan Imam Khalifah Persekutuan Gayong Amerika Syarikat (USGF), Syeikh Shamsul Sulaiman SM Salim. Majlis juga diserikan dengan penyampaian sandang kehormat Mahkota Cula Pelangi kepada Jacob Richter, President USSSA.


YBhg Tan Sri Datuk Hj Zainal Dahlan, Timbalan Imam Khalifah PSSGM Selangor, Abdul Rahim Masdor, Timbalan Imam Khalifah PSSGM Pahang, Datin Hartini Mansor pimpinan Akademi Persilatan Sedunia dan Hj Mohd Anuar Hj Abdul Hamid, Ahli Lembaga Waris Amanah PSSGM telah turut hadir bagi menyeri dan menyaksikan acara menyampaian sandang dan menandatangan MoU di majlis.


bottom of page