top of page

IMAM KHALIFAH PAHANG DIPERLIMAUKAN

13 Sep 2020



YAM Tengku Dato’ Sri Kamarulzaman Al Haj ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Al Haj telah diperlimaukan oleh Cgu Md Ezhar Abas, Ahli Lembaga Waris Amana Silat Seni Gayong Malaysia pada 12 Sep 2020. Acara telah disempurnakan di rumah YAM Tengku Dato’ Seri di Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Cgu Rahim Masrom, Timbalan Imam Khalifah Pahang juga turut hadir di acara.


YAM Tengku menyatakan kegembiraannya diterima sebagai ahli keluarga Silat Seni Gayong Malaysia, dan bersedia untuk membantu pengembangan dan pengajarannya di negeri Pahang dan jika diberi kesempatan turut untuk memberi sokongan dalam usaha perkembangannya ke seluruh negara. Kata YAM Tengku lagi, apabila menerima sesuatu pelawaan lazimnya, ia disambut dengan perancangan sokongan dalam bentuk program dan aktiviti dengan bantuan rakan dan kenalan. Terlebih dahulu Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia perlu mempunyai struktur pengurusan yang mampu untuk menyambut dan memikul peluang yang akan muncul.


bottom of page