top of page

KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI KEBANGSAAN DITERUSKAN

29 Sept 2021


Persidangan ALWA Ke 8 berpandangan bahawa peluang yang dibuka oleh UKM untuk membangunkan pengajaran Silat Seni Gayong secara akademik harus diteruskan. Oleh kerana Pengarah Jabatan berkenaan di UKM telah diganti dengan pegawai baru, maka seharusnya kunjungan hormat hendaklah diadakan bagi menyambung urusan yang telah diadakan terdahulu.


Sepatutnya kerjasama yang terjalin dengan Prof Sufian (mantan Pengarah), telah diambil kesempatan sebaik-baiknya dalam usaha membangunkan Silat Seni Gayong melalui bidang akademik yang disarankan. Kali ini disarankan sebuah Jawatankuasa khas (Task Force) hendaklah ditubuhkan dengan dokongan PSSGM serta sokongan LAIK dan MGK supaya urusan berkaitan didekati dengan sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab melaksana dan melapor dari semasa ke semasa secara tekal dan berjadual.


Comentários


bottom of page