top of page

LANTIK HJ IBRAHIM

  • 9 hours ago
  • 1 min read

5 Julai 2026



Tuan Haji Ibrahim Yasok mengepalai bacaan ikrar sempena Majlis Permasyhuran Ahli Lembaga Waris Amanah (ALWA) Silat Seni Gayong Malaysia yang berlangsung di Hotel Ideas Kuala Lumpur pada 26 Jun 2026. Penyampaian sandang telah disempurnakan oleh Hajah Siti Fadzilah Dato' Meor Abdul Rahman, Waris Mutlak Silat Seni Gayong.


Ahli Lembaga Waris Amanah (ALWA) merupakan sebuah badan yang diwujudkan bagi membantu serta menasihati Waris Amanah dalam hal ehwal adat istiadat dan pelajaran. ALWA turut berperanan memberikan pandangan, nasihat serta sokongan terhadap perkara-perkara dasar dan urusan pelantikan jawatan yang berkaitan dengan kedua-dua bidang tersebut, selaras dengan fungsi dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

 
 
bottom of page