MAJLIS PERLIMAU TAPAK DAN SENI GUGUSAN PENDEKAR PETALING
24 Oktober 2026
Majlis Perlimau Tapak dan Seni telah berlangsung pada Sabtu, 24 Oktober 2026, di bawah program akademik Gugusan Pendekar Petaling yang melibatkan gelanggang-gelanggang dari daerah Gombak dan Petaling.
Program ini disertai seramai *73 orang peserta* daripada akademi-akademi yang terlibat. Pelaksanaannya diketuai oleh Cikgu Jasman, yang lebih dikenali sebagai Cikgu Boboy atau Cikgu Boy, selaku peneraju kumpulan akademik Gugusan Pendekar yang merangkumi 13 kluster.
Penganjuran majlis ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh program akademik serta melestarikan adat dan amalan Silat Seni Gayong dalam kalangan generasi pesilat. Program ini juga menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan antara gelanggang dan akademi, di samping memperkasakan penglibatan ahli dalam aktiviti persilatan.
Semoga usaha yang dilaksanakan ini terus menyumbang kepada perkembangan dan kesinambungan warisan Silat Seni Gayong melalui pengukuhan program akademik dan pelaksanaan adat yang berterusan.
