top of page

MAJLIS QURBAN ADMAR DI TAIPING, PERAK, AIDILADHA 2022

11 Julai 2022


Acara telah diadakan di tapak rumah ADMAR di Kg Ayer Kuning Taiping, Perak, pada 12 Julai 2022. Sebanyak 2 ekor lembu diperolehi sumbangan dari YBhg Dato’ Zainal Abidin Hj Sakom dan Dato’ Ahmad Shalimin Hj Ahmad Shafei.Hadir di acara ialah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman dan Siti Zubaidah Hussin bersama penyumbang haiwan qurban bersama-sama dengan jemputan-jemputan serta petugas dari komuniti Gayong dan penduduk setempat.


Urusan penyembelihan telah bermula dari jam 9.00 pagi. Perasmian acara telah diadakan pada jam 2.00 ptg oleh Dato’ Ahmad Shalimin. Jawatankuasa Kerja (Perak) telah dibimbing secara bersama oleh Cgu Faeisal Azmi. Ustaz Firdaus Adnan dan Cgu Sazali Salleh “ Dato’ Meor Abdul Rahman.


Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola yang dipengerusikan oleh Datuk Hj Mohd Haniff Hj Koslan telah diadakan sebanyak 3 kali, manakala mesyuarat Jawatankuasa Kerja yang dipengerusikan oleh Hj Mohd Anuar Hj Abdul Hamid diadakan sebanyak 2 kali. Lain-lain hubungan dilakukan secara online (whatsapp) bagi tujuan pemantauan dan penyeliaan rapi.


Jumlah kos mengurus acara ialah RM 2,669.89. Pembiayaan pengurusan ialah melalui kutipan sumbangan dan tabung Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia. Jumlah sumbangan ialah RM 980, manakala jumlah dana tabung Yayasan yang menampung kos berkaitan ialah RM 1,689.98. Baki sumbangan RM 180.00 telah disalurkan ke Akaun YKGM.


Perjumpaan perbincangan hal pengurusan baikpulih rumah ADMAR telah diadakan selepas acara. Perbincangan menyarankan supaya kutipan sumbangan pembiayaan kos yang terbabit hendaklah ditingkatkan dan hendaklah diusaha supaya dapatkan sokongan dana kerajaan digerakkan secara serius.

Comments


bottom of page