top of page

MAJLIS SANDANG WARIS KERABAT DAN ADAT KEDAH

14 Mac 2024



Majlis telah diadakan bersempena dengan Mesyuarat Pengurusan Ahli Kehormat Waris Kerabat ADMAR Ke 3.  Seramai 14 orang telah menerima sandang Waris Kerabat, manakala 14 orang lagi menerima sandang berjawatan Adat Kedah.  Mereka yang menerima sandang Waris Kerabat adalah dalam kalangan waris zuriat ADMAR.  Yang lainnya pula adalah dalam kalangan mereka secara berpilih yang diangkat oleh waris zuriat sebagai kerabat.

 

Meraka yang diangkat sebagai kerabat, disebut sebagai Ahli Kehormat Waris Kerabat (AKWK) ADMAR. Ahli komuniti ini dipilih sendiri oleh Waris Mutlak yang mengikut pendapatnya boleh membantu menjaga dan melestarikan pelajaran dan adat-istiadat Silat Gayong sepertimana yang dicipta dan disusun oleh ADMAR.  Kumpulan ini telahpun berjaya mendaftarkan Waris Kerabat sebagai sebuah pertubuhan dan mendaftarkan pelajaran dan adat-istiadat  sebagai harta intelek ADMAR.

 

Dalam usaha untuk memantapkan adat negeri Kedah, Badan Adat Kedah telah mula menstruktur semula pemegang jawatan-jawatan adat negeri.  Langkah awal yang diambil oleh pihak pimpinan ialah melantik dan memberi sandang adat berjawatan kepada beberapa orang murid kanannya padfa 9 Mac 2024 yang lalu.  Antara jawatan sandang yang terlibat ialah Khalifah Besar, Waris Beradat, Ketua Beradat, Khalifah Kanan dan Khalifah. 

 

Badan Adat Kedah merancang untuk mengadakan majlis penyampaian sandang berjawatannya pada bulan Jun 2024 bagi melengkapkan anggota adatnya.  Kali ini akan diadakan di negeri Kedah.

bottom of page