top of page

MESYUARAT PENGURUSAN AHLI KEHORMAT WARIS KERABAT KE 3

27 Feb 2024


Mesyuarat pengurusan akwk ke 3 akan diadakan pada 9 Mac 2024 di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur.  Sepertimana biasa , mesyuarsat ini akan menerima laporan tindakan ke atas usul-usul yang di kemukakan di mesyuarat yang lalu di samping memantau perkembangan tindakan yang masih dalam tindakan urus setia.  Pihak urus setia memaklumkan bahawa beberapa usul baru akan dikemukakan di mesyuarat kali ini.  Diantara usul yang akan disarankan ialah:

 

1.                  wujudkan unit penguatkuasa memastikan keesahan badan  silat aliran ADMAR

2.                  menetapkan dasar  had dan batas pengeluaran sandang di  antara badan kebangsaan dengan akademi/kelab

3.                  wujudkan panduan yang menampilkan skim pengajaran dari bengkung asas sehingga hitam vi

 

Bersempena dengan mesyuarat ini, majlis penyampaian Sandang Waris Kerabat dan Sandang Adat Kedah akan diadakan.  Majlis ini  diadakan di Auditorium Pusat Sains Negara pada jam 4.00 ptg, berturutan selepas mesyuarat.  Nurid-murid Silat Seni Gayong yang berhasrat untuk menyaksikan acara, hendaklah berpakaian Kod 2 (baju kebangsaan hitam bersongkok tanpa sandang).

Comments


bottom of page