11 Nov 2024
Buat pertama kalinya muzakarah ini diadakan pada 2 Nov 2024 yang lalu di PSN KL. Tindakan ini diambil atas usaha untuk mewujudkan forum bagi membolehkan pertemuan guru-guru kanan dari pelbagai pertubuhan Silat Seni Gayong bagi membina kesepakatan dasar perkara-perkara pelajaran dan adat-istiadat. Inisiatif ini diambil atas pandangan yang dikemudakan dalam Persidangan Badan Waris Amanah pada 6 Julai 2024 yang lalu.
Agenda muzakarah kali ini ialah untuk mendapat persetujuan mengenalpasti dan melantik Guru-guru Kanan Silat Seni Gayong. Mereka yang dikenalpasti akan bertanggungjawab untuk melatih dan mengijzahkan gurulatih untuk mengajar ilmu yang diturunkan kepada murid-murid.
Guru-guru Kanan yang dilantik ini boleh datangnya dari mana-mana pertubuhan Silat Seni Gayong yang memenuhi syarat dalam ilmu silat dan adat-istiadat terutama dalam bidang-bidang yang terbatas pengajarannya seperti khatam keris, perlimau, sundang, cindai, yoi, berlian, buah kunci dan pelbagai lagi. Mana-mana pertubuhan boleh merujuk kepada mereka untuk mendapat bimbingan dan pengijazahan dalam bidang atau bidang-bidang kepakaran guru tersebut.
Guru-guru Kanan yang berguru langsung kepada ADMAR, ramai yang telah meninggal dunia. Kekhuatiran hari ini ialah, mereka ini tidak diganti, justeru menimbulkan persoalan keaslian ilmu silat dan adat-istiadat yang diturunkan oleh gurulatih-gurulatih pada hari ini.
Sebagai langkah awal, usaha hendaklah diambil untuk mencari Guru-guru Kanan yang berkelayakan untuk mengganti kepada mereka yang telah pergi. Di muazakarah ini telah bersetuju supaya kritieria Guru Kanan yang dilantik hendaklah mempunyai syarat-syarat berikut:
i. Tempuh aktif pesilat dan sebagai gurulatih tidak kurang dari 30 tahun
ii. Penyandang bengkung HPCS VI
iii. Sanad ilmu jalur ADMAR
iv. Kemahiran dan penguasaan ilmu diiktiraf oleh Guru-guru Kanan lain
Proses lantikan seperti rajah berikut: