top of page

PANDUAN KEPADA PEMOHON YANG BERMINAT MENYERTAI PROGRAM PENGAJIAN APS

24 Nov 2024



Program Ijazah luar (External programme) yang disediakan APS unik & tersendiri dunia seni beladiri Persilatan..... Ya, untuk program pengajian Sarjana Persilatan (Master degree), pemohon boleh terus memohon ke program MASTER Persilatan tanpa mengambil peringkat sijil & Diploma berdasarkan syarat-syarat berikut:


  • Aktif dalam Seni Silat (Persilatan) selama 10 tahun, atau lebih, dan memegang jawatan Tenaga Pengajar atau master dalam bidang silat berkaitan (aliran Persilatan tertentu) dan telah berlatih melebihi 120 mata kredit (tempoh minima jam latihan - mata kredit jam latihan)


  • Menyediakan profil peribadi dan surat pengesahan atau sokongan dari Guru pelatih perguruan atau Persatuan Seni Silat (Persilatan)/ Pusat Pengajian Seni Silat atau Guru/ Pengajar Kanan.


  • Menghadiri kursus elektif atau seminar terpilih disediakan A.P.S berikut;

(i). Metodologi penyelidikan & penulisan akademik.

(ii). Pertolongan Cemas dan kecederaan sukan tahap lanjutan.

(iii). Asas perniagaan dan pengurusan.

(iv). Ujian lisan berkaitan seni mempertahankan diri yang berkaitan.

(v). Mengemukakan tesis penyelidikan atau kajian Seni Silat (Persilatan) berkaitan.


Pemohon yang berminat untuk menyertai program pilihan APS, susur aliran permohonan adalah seperti berikut:


  1. Sila dapatkan Borang daftar B-1 di laman sesawang https://www.silatdunia.com


  2. Lengkapkan beserta dokumen / profil diri dan hantar melalui email pada laman sesawang APS aps@silatdunia.com


  3. Seterusnya, setelah jabatan Administrasi menerima Borang B-1 dan B-2 , SURAT TAWARAN PROGRAM akan dikeluarkan dan dihantar kepada pemohon berminat (email) ..... Kategori Program beserta syarat-syarat program dan Yuran akan dinyatakan dalam SURAT TAWARAN. Sekiranya pemohon bersetuju dengan syarat dan terma tawaran


  4. Surat pengesahan penerimaan Program beserta no. matrik akan dikeluarkan dan dihantar kepada pemohon. Insyaallah


Semoga berjaya, insyaAllah

bottom of page