top of page

PASUKAN MALBAT MENYERTAI LATIHAN SILAT SENI GAYONG PD SEBELUM BERANGKAT BULAN OKTOBER 2022

10 Ogos 2022


Kontijen Malaysia Battalion (MALBAT) 850-10 telah meminta bantuan PSSGM PD untuk melatih anggotanya membuat persembahan dan memperkenalkan seni bela diri negara kepada anggota tentera misi keamanan UNIFIL di Lubnan. Pengurusan PSSGM PD telah menyediakan gurulatih seramai 5 orang untuk menjalankan latihan bagi pengisian Force Intergration Training (FIT) sepanjang tempuh 22 Julai – 5 Sept 2022 di MALBAT Village, Sri Rusa PD. Dr Mior Badrul Hisham Kamaruzaman mengetua pasukan gurulatih yang ditugaskan.

bottom of page